3 Jul 2012

Istana Cinta Nur Qaseh


Villa Nur Qaseh Azie Kitchen

Saya terpanggil untuk menulis berkenaan pengalaman yang sangat signifikan dalam hidup kami iaitu pembinaan Taj Mahal bagi cinta kami. Kenapa ianya signifikan ialah kerana ianya terbina dari penglibatan langsung saya dan laling hubby serta anak anak dalam pembinaan dari hari pertama sehingga perpindahan masuk.


Villa Nur Qaseh Azie Kitchen

Tanah yang sekangkang kera ini dibeli dalam tahun 1999 selepas banyak wang dibuang dan dicampakkan ke projek perumahan lain seperti di Country Home Rawang dan Puncak Alam. Semuanya terjadi kerana sikap saya yang cerewet dan mahukan kesempurnaan walaupun diri penuh dengan kelemahan. 

Saya memilih sendiri lot rumah ini yang berhadapan tasik dan membuat follow up dari masa ke semasa kerana penentuan lot sepatutnya dibuat secara undian. Tapi saya memberitahu yang saya hanya mahu lot ini dan tidak yang lain. Begitu lah persistentnya saya. Jangan berkata "tidak boleh" pada saya kerana ianya adalah amat menyakitkan, saya percaya semuanya boleh dengan syarat kita berusaha...


Villa Nur Qaseh Azie Kitchen

Kenapa lot ini dipilih? Tentunya kedudukan yang mengadap tasik. Kedua saya mempunyai ruang untuk aktiviti keluarga yang tidak kena matahari jatuh. Ini adalah kerana rumah lama kami di USJ mengadap matahari jatuh, jadi anak anak tidak dapat bermain di sebelah petang dan bilik tidur juga menjadi lebih panas. Seterusnya kerana saya dapat menikmati kedua dua bahagian samada berhadapan cul de sac atau jalan besar dengan privasi.


Villa Nur Qaseh Azie Kitchen

Semenjak itu saya mula memikirkan design rumah yang kriteria utamanya ialah mesti dilimpahi cahaya dari segenap ruang dan sudut. Dikelilingi air bak terapung di tasik yang tenang dan cahaya lampu malam menyimbah di permukaan air. Dikelilingi pokok pokok menghijau bak taman. Saya mula mencatit kelemahan rumah sekarang yang tidak sesuai dengan gaya hidup kami. Antaranya, ketiadaan kitchen store, linen store, laundry sink, powder room dan banyak lagi.

Saya melantik seorang pelajar tahun akhir di UiTM waktu itu, iaitu Saudara Jamil untuk melukis pelan rumah hasil perbincangan kami. Semasa bercuti sakit selama 2 bulan selepas pembedahan, dari pagi sehingga malam saya meneliti dan membayangkan pergerakan kami di setiap ruang istana idaman. Ianya wujud di kepala saya seolah sebuah movie.

Hampir 4 tahun saya membayangkan rumah yang ingin didiami, akhirnya pelan mula dihantar pada pihak berkuasa untuk kelulusan pada tahun 2006. Ianya telah diluluskan sebelum kami mengerjakan fardhu Haji pada bulan November 2006.


Villa Nur Qaseh Azie Kitchen

Dari situ, bermula lah segalanya... kesedihan, kesakitan, kekuatan dan segala macam cabaran... Melihat gambar anak anak di dalam gambar ini, menyebabkan air mata saya tertumpah dan masih tertumpah hingga ke saat saya menulis kerana kesemua ini terbina demi mereka... 

Catatan ini juga untuk mereka renungi apabila mereka dewasa kelak, erti kasih sayang seorang Mama dan Papa.  


Villa Nur Qaseh Azie Kitchen

Hingga berjumpa lagi di sambungannya di Part II dan Part III ...



16 ulasan

Azie, so romantic! I admire your persistence and your detailed planning.

Dear PH, thank you so much

Azie memang kuat semangat, ada citarasa tersendiri dan mampu....

Terima kasih, Amie. Demi memenuhi sebuah impian

kak zie so romantic...you are a very lucky lady...nothing comes eazy in this world kak..semoga keperitan dan kesabaran ni memanjangkan lagi jodoh bersama abg..amin

Nikee, my hubby is lucky to have me...hahaha tak caya, tanya diaaa

Salam Sis. sy dpt bayangkan bukan mudah nak bina sebuah rumah, dari tapak..plan..seterusnya pembinaan. pasti byk masa dan tenaga yg perlu disumbangkan agar rumah impian siap terbina. sy yg hanya renovate rumahpun pening dg mcm2 hal terutama kerenah kontraktor.
tq ya sis wish tahniah...

Mamasya, sebab saya sendirinyg membinanya, jadi saya pening dg karenah pekerja indon yg diupah. Mereka curi tulang, menipu dan ada yg menjual barangan. Kami bukan ada di sana sepanjang masa. Saya hanya ke sana waktu petang dan hubby pergi waktu pagi dan tengahari. Kos melebihi dari jangkaan kerana banyak pembaziran bila kerja yg dibuat tak sempurna dan perlu pecah dan buat sekali lagi

Salam Azie ,

I can understand the suffering , both mind and physical . Alhamdullilah usaha u dah membuahkan kejayaan . U r my mentor my dear! Doakan kami ...Insya Allah. AMIN.

Wslm mmc. Thank you so much . I am so honoured to be your mentor, in any way that I can make some contributions. Thk you for visiting my blog.

Regard,
Azie.

Salam, in Project Management, involvement should start at the beginning of project (planning) until handing over, and after that start the maintenance of the project. Our involvement never end.

Bro, from very beginning, I wanna manage the project on my own. I did it ... From start to the end.

salam kak azie,

cantik rumah akak ni.. insyallah saya pun akan bina rumah ditanah sendiri nanti.. just nak tanya akak la.. beraper yer luas tanah akak ni.. just nak tau.. :)

Tq
Ruzaini

Wslm. Tanah kami tak adalah besar sangat, cuma 10k kaki persegi lebih jer

besar juga yer.. sy br beli tanah size 9000 kaki.. tp tak terfikir nak buat bentuk apa.. tp bila tgk rumah akak ni.. macam berminat nak buat style ni.. akak urus sendiri kan.. lama tak nak siap dari ground work sampai finishing (tak perabut dll)

tq
Ruzaini

Boleh baca dlm blog ni berkenaan catatan pembinaan rumah ini


EmoticonEmoticon