10 Jun 2012

Mee Hoon Goreng Daun Limau Purut


Mee Hoon Goreng Daun Limau Purut

Saya memang suka makan Mee Hoon Goreng Daun Limau purut yang saya belajar dari adik ipar, Zatul. Selain rasanya yang sedap, juga sebab menyediakannya sangat mudah. Tak menggunakan bahan bahan tumisan yang banyak. 

Mee hoon pun berwarna hijau putih jer. Tapi sedap rasa ala ala tom yam Thai lah pulak sebab penggunaan daun limau purut yang banyak. Kalau untuk kelainan, bolehlah cuba memasak Mee hoon goreng daun limau purut pulak. Mee hoon ini digoreng hari sabtu semalam sebagai menu hidangan petang. hahaha heavy hi tea tu.  Jom layan resepi dan cara cara menyediakannya di bawah ini... 



Mee Hoon Goreng Daun Limau Purut 
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
Mee hoon - dicelur dan tos
2-3 ikat daun limau purut - buang tulang
1- 1 1/2 biji bawang besar
4-5 biji cili hijau (letak cili padi sikit jika mahu pedas)
Udang secukupnya - buang kulit
2 -3 biji telur - opsyenal
Garam
Sos ikan
Minyak untuk menumis

Cara cara:
Kisar daun limau purut, cili dan bawang besar. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan bahan kisar sehingga garing dan wangi.




Masukkan udang atau apa apa seafood yang disukai seperti sotong. Kemudian masukkan sos ikan, mee hoon dan garam.

Goreng sehingga mee hoon garing dan keluar minyak. Sesuaikan rasa dan bolehlah diangkat dan dihidangkan.



Sedap dimakan bersama keropok lekor atau apa apa lauk yang disukai atau dimakan begitu sahaja.


Mee Hoon Goreng Daun Limau Purut

Enjoy .....



1 ulasan so far

Kak azie sy dah cuba resepi ni.. mmg sedap sgt sume suke..tq kak tuk resepi yg sedap ni


EmoticonEmoticon