25 Jun 2012

Las Vegas Part 3: Wonders Of Grand Canyon


Wonders Of Grand Canyon

Grand Canyon adalah 7 keajaiban dunia yang ketiga telah saya kunjungi. Terdapat pilihan dalam jadual percutian ini. Kami memilih untuk menyertai lawatan  ke Grand Canyon, dan ada juga yang memilih untuk ke Premium Outlet di North. Perjalanan menaiki bas ke Grand Canyon memakan masa hampir 3 jam. Di dalam perjalanan kami singgah di Hoover Dam tempat simpanan air yang membekalkan tenaga elektrik kepada Nevada. 

Ada yang berseloroh, bila melawat Hoover Dam, sedangkan Batu Dam di tempat sendiri, tak ada pulak kita kunjungi. Nasib baik saya pernah ke Empangan Batu semasa menemani hubby berlatih keno semasa masih bertugas sebagai pegawai sukan di UiTM suatu ketika dulu. Hoover Dam memperolehi sumber air dari Sungai Colorada. Hoover Dam juga membahagikan sempadan antara Nevada dan Arizona, negeri di mana terletaknya Grand Canyon. 

Itu sebab di tengah tengah Hoover Dam terdapat dua tiang yang menunjukkan jam waktu Nevada dan satu lagi jam waktu Arizona yang merupakan 1 jam lambat dari waktu Nevada. Kalau dilihat pada garisan putih di dalam gambar yang menunjukkan paras air tahap normal di Hoover Dam, di dapati paras air amatlah berkurangan. Berdasarkan kajian yang disiarkan dalam sebuah majalah, Hoover Dam hanya boleh berfungsi selama 30 tahun lagi, kalau tak silap lah.   




Sepanjang perjalanan saya amat mengagumi negeri padang pasir di bumi Amerika ini. Saya rasa seperti tidak percaya yang saya telah menjejakkan kaki ke Grand Canyon yang dulu saya hanya mendengar cerita cerita dari kawan kawan yang telah mengunjunginya. 

Serius, ianya umpama mimpi. Tarikan utama di Grand Canyon ialah skywalk. Waktu yang diambil untuk beratur memasukinya sangat lama. Dari pintu masuk utama, kami kena beratur menaiki coach yang disediakan khas di dalamnya. Malahan ada yang menyewa helikopter juga untuk menikmati Grand Canyon dari atas. Inilah yang dikatakan helicopter view.





Selepas hentian Skywalk, kami menuju ke hentian seterusnya. Dan akhir sekali hentian Hualapai Ranch di mana kami menikmati makan tengahari  yang memang termasuk dalam pakej tiket. Oleh kerana makanan yang disediakan semua nya tidak halal, travel agen telah membekalkan kami dengan Brahim ikan bilis dan ayam yang dibawa dari Malaysia. Saya makan ikan bilis ni sampai terasa rasa sehingga balik ke hotel. 






Lawatan ke Grand Canyon telah mengambil separuh hari. Balik ke bilik, saya tidur seketika dek keletihan. Apalagi dalam perjalanan, muka seperti dipanggang kerana bas yang membawa kami tidak mempunyai curtain. Pagi dan petang, tempat duduk saya mengadap matahari. Bukan rezekilah namanya tu walaupun saya yang terlebih dahulu masuk bas dan memilih tempat duduk. Jadi saya redha sahaja lah.




7 ulasan

wow..fantastic post with lovely cliks..:)
Tasty Appetite

Wow! Bertuah dapat ke sana. Lain kali saya nak ikut :D

Yes, try to visit all the 7 wonders. Grand Canyon is so amazing

Assalamualaikum Azie,
syukur alhamdulillah dapat lawat ke Grand Canyon, mmng menakjubkan bila menjejakkan kaki kesini, Yatie dah sampai ke sini bersama keluarga pada thn 2010, mmng best sangat, tapi yg tak tahan panas membahang tu, mmng kawasan yg amat kering..masa tiba di Hoover Dam...Grand Canyon tu mmng cantik lihat lapisan2 batu semulajadi..kan..

Wslm Yatie. Oh ya Yatie tinggal di US dulukan, siapa yg dok sana, mesti nak kena melawat Grand Canyon. Masa di Grand Canyon, sangat panas tapi sangat sejuk. Hmmm panas terik tapi bila angin bertiup rasa sampai ke tulang. Masa dalam bas, muka rasa spt dipanggang sebab bas tak ada curtain. Omputih kan suka sunlight.....syukur sangat sampai juga ke situ, dapat menyaksikan sendiri keajaiban dunia

salam, teringt masa dulu wak sekola kat sana., ;p


EmoticonEmoticon