San Francisco: Now and Then





Haaa ini adalah entri yang memang tidak dirancang pun. Sebelum saya membawa catatan penuh percutian saya ke San Francisco dan Las Vegas, saya terlebih dahulu nak membawa anda semua bersama saya menggamit memori percutian saya dan laling hubby ke San Francisco 19 tahun yang lalu.

Saya sebenarnya tak pernah menyangka akan sekali lagi menjejakkan kaki ke San Francisco. Maklumlah US kat luas, banyak lagi tempat tempat dan negeri negeri di US yang belum saya lawati. Setakat ini saya hanya ke Los Angeles, sudah tentulah kan, Atlanta di Georgia, Florida dan San Francisco. Dengan percutian baru baru ini, sampailah pulak di Las Vegas, Nevada dan Grand Canyon yang terletak di Arizona.

Jom saya nak mengajak anda melayan gambar gambar saya di San Francisco 19 tahun yang lepas dan lihat lah perbezaan dengan sekarang. Hahaha amacam, tentu seronokkan? Jom layan...

Gambar ini diambil semasa kami melakukan city tour di Twin Peaks. Dulu dan sekarang ...




Lagi dan lagi





Yang ini my Laling hubby pulak. Hmm muda ensem ke dah rambut putih lagi ensem. Hehehe ... apa yang ketara ya?





Yang ini posing berdua lak. Masih di Twin Peaks...





Jom tengok gambar gambar yang diambil di Fisherman Wharf. Pada masa itu, saya amat strict tak mahu langsung menjamah makanan di restoran yang ada menjual makanan tidak halal.

Malahan di hotel pun, saya hanya memakan buah sahaja. Memandangkan saya dalam peringkat awal kehamilan, badan menjadi lemah. Jadi bila terjumpa sahaja ketam Dungeness di Fisherman Grotto, terus order dan makan sepuas nya. Tengoklah muka macam orang tak makan sebulan tu. 





Tengok gambar sekarang, bukan lagi muka kelaparan kan, kan? Seekor ketam tu berharga USD20 jer. Tapi sebab tak kelaparan, lepas makan kena allergik pulak. Sampai kena beli ubat di farmasi, habis gatal dan membengkak seluruh badan.




Selain makan ketam di Fisherman Grotto, saya juga makan ketam di Neptune Palace di Pier 39 Fisherman Wharf. Tengok tu, besar dan sedaaaap, tak dapat nak habiskan sebab dah kekenyangan. Cuma sekarang, rasa lah meleleh teringin...nak lagiii





Laling hubby pun ada juga gambar posing dengan ketam dari laut dalam, Dungeness Crab masa tu ya...





Ini memang landmark untuk Fisherman Wharf lah. Rasanya siapa yang ke sana terutama first timer, mesti ambil gambar berlatarbelakangkan landmark ini. Kalau tak mahu tu, saja jer nak tunjuk macho kekonon..





Ini pulak gambar gambar di Golden Gate Bridge. Dulu kami hanya crossed the bridge by bus tapi kali ini kami berjalan melintasi Golden Gate Bridge yang sepanjang 2 km. Boleh caya ke? Aduhai sambil jalan, sambil ambil gambar. Jadi tak lah terasa penatnya. Sambil sambil tu, kami melihat di bawah bridge ada dolphin yang berenang renang keriangan, tapi bila nak shoot, tak pulak kelihatan di gambar. Depa malu kot...





Yang ini walaupun sedikit berbeza, saya tetap nak kongsikan di sini. Semasa ketibaan di San Francisco Airport dulu, barang barang dan bag saya sudah banyak dan tak muat untuk mengambil teksi. Jadi kami terpaksa mengambil limousin untuk ke hotel.





Yang terbaru ini, bukan  lah di San Francisco di mana ketibaan kami di Mac Carran International Airport ke Hotel MGM Grand Las Vegas adalah dengan menaiki hummer. Seronok pengalaman menaiki hummer ni. Lampu lip lap lap ala ala disco, ada lagi mini bar, Televisyen sudah tentu lah kan. Mewah luas dan bergaya, rasa lah sekejap ala ala rich and famous. Ha ha ha jangan mengutuk, jangan mengutuk pulak. Ini zaman kebebasan media, kebebasan menulis apa jer yang terlintas di hati asal tidak melanggar hak asasi orang lain atau menyebarkan fitnahkan? 





Sama tapi berbeza ya. Apa yang sama? Kawan saya, Raja Halida kata badan dah sama besar. Hahaha boleh gitu ke? Ye lah semua da besar kan, rumah besar, kereta besar, jadi kalau badan kecil lagi, mana macho, mana ada class, mana ada ngam gaya gitu. Betul tak? Barulah rasa macam orang besar besar kan... Jangan lah terasa hati pulak. Kita hanya bergurau supaya reda sedikit stress dan ketenangan.

Enjoy reading...


San Francisco: Now and Then San Francisco: Now and Then Reviewed by Azie on May 18, 2012 Rating: 5

3 comments

  1. Salam k.Azie.pasti mengimbau kenangan maniskan dpt ke tempat yg telah dilawati 19 thn lepas.besarnya ketam kat sana...dpt sekorpun puas mkn....
    re; kalau resepi nasi Arab sy dah belajar dr org Arab.nak resepi boleh tengok sini http://dapur-mamasya.blogspot.com/2012/01/kelas-masak-nasi-hadramaut-step-by-step.html

    ReplyDelete
  2. As salam Mamasya. Ketam tu memang sedap tapi sebab besar sangat, tak dpt nak menghabiskannya. Hari ni baru dok terliur nak makan lagi. So macam mana tu, nak kena ke SF lagi ke?

    Terima kasih kerana berkongsi mengenai resepi Nasi Arab Hadramaut. Kami dah memasaknya semalam. Sedap sekali.

    ReplyDelete
  3. Betul tu kak.... saya pun dah rasa ketam tu kat Pier 39 tahun lepas... huhu

    ReplyDelete