28 May 2012

Jalan Jalan Cari Makan Ke Morib


Semalam hari minggu pertama cuti sekolah, pagi pagi lagi saya ke dapur untuk membuat Karipap Ayam dan Lompat Tikam. Kebetulan semua anak kecuali Nana ada di rumah, jadi bertambah lah rajin untuk menyediakan juadah dan kuih muih untuk hidangan. Lagipun cuti sekolah ni, memang tak ada plan nak ke mana mana. Seperti kata Boy, yang dia nak bercuti ke mana mana sahaja asal bukan dalam Malaysia. Bak kata Aween "Camne tu? Siapa nak jawab tu?" Hahaha tak ada jawapan, diam tak berkata apa apa.

Saya memasak lompat tikam dan menyediakan inti dan doh karipap secara serentak. Tapi sementara menunggu semangat nak mencanai doh datang, saya mengadap lap top dulu untuk update entri Lompat Tikam Resepi Bonda saya, Hajah Jahara Sulaiman aka Mak Cik Jara  di SINI.

Macam biasalah my laling hubby suka buat kejutan, bertanya kalau saya nak ke Morib. Bila saya jawab, nak jer, terus minta saya bersiap. Walhalnya saya belum solat zohor lagi. Terpaksa lah tergesa gesa naik ke bilik untuk solat dan bersiap sementara mereka menunggu saya di dalam kereta. Alahaai fahamlah yang saya nak kena cepat bersiap la tu. Sungguh teruja untuk ke Morib setelah bertahun lamanya tak ke sana. Lebih lebih lagi sejak kes pembunuhan Dato' Sosilawati Lawiya dan 3 orang lagi, menjadikan saya melupakan hasrat untuk ke Morib buat seketika.

Hmmm hajat nak mencanai karipap untuk hidangan petang juga terpaksa dilupakan. Terus tutup kuali inti karipap. Doh memang diletak dalam peti sejuk sebelum dicanai. Bila balik dah malam, jadi badan dah penat. Perut kita orang semua pun dah tak ada space untuk makan apa apa lagi. Nasib baik sebab sambil update blog, sempat juga makan sepinggan lompat tikam yang sedap ni. Yeay yeay, masuk bakul angkat sendiri. Tak tipu tau, memang sedap. Kalau hari hari selama sebulan dapat makan sepinggan sehari pun, saya OK jer, masih tak jemu.

OK berbalik pada trip jalan jalan cari makan ke Morib petang semalam, memang yang ditunggu tunggu setelah mendengar sahabat saya, Rohaya bercerita yang dia ke Morib dan singgah beli ikan yang sangat segar. Ikan dikatakan masih berbau air laut dengan ketam yang masih bergerak gerak dan sotong yang tak berair langsung. Alahaaai lagi lah teruja bila dikatakan ikan bawal putih besar hanya RM25 sekilo berbanding dengan sini yang sekali ganda harganya.

Tapi sebab kami pergi dah petang, tak nampak lah peniaga ikan segar sepanjang jalan yang dikatakan selepas rumah Misbun Sidek. Jadi kami terus menuju ke kedai yang kami biasa beli dulu. Seronok dengan perjalanan santai yang relax. Keluasan kereta Alphard memang menjadikan perjalanan sangat menyeronokkan. Anak anak boleh duduk mengikut keluasan yang dilehendaki. Itu yang penting...






Setiba di kedai ikan, orang ramai sekali. Saya terus memilih ikan ikan yang saya suka. Ya lah kalau dah ke sana, carilah ikan yang mahal di tempat kita. Saya memilih 2 ekor ikan jenahak, 1 ekor ikan senangin, 1 ekor ikan kerisi yang sangat besar, 1 ekor ikan parang dan beberapa ekor ikan sardin besar. Kalau di Kelantan, kami panggil ikan Selayang.

kepah yang besar besar


ikan senangin


haa besar tak ikan kerisi ni. memang seumur hidup tak pernah tengok kerisi sebesar paha ni


antara kepingan ikan kerisi


ikan kerapu pun besar besar


ikan parang yang besar. entah berapa lama nak menghabiskannya


ikan bawal putih besar berharga RM50 sekilo.


ikan jenahak yang dah siap disiang dan dibersihkan

Lepas siang di timbang timbang. Tadi main tunjuk tunjuk jer sekarang time mengira lah pulak. Hampir RM300 juga melayang dari dompet hubbyku tapi tak apa lah ikannya besar besar dan semua jenis ikan yang best best lak tu. Caayang abang. Frust sikit sebab ikan bawal putih tak semurah RM25 sekilo yang dibeli Rohaya di gerai ikan segar sepanjang jalan...



Untuk dimasak di restoran, kami membeli 1 ekor ikan kerapu, kepah dan dibawa sekali seekor ikan jenahak untuk dimasak 3 rasa. Kerapu pulak dibuat sweet sour, sotong digoreng butter dan kepah dimasak stim. Hubby juga beli ketam di kedai satu lagi untuk dimasak salted egg.






Puashati makannya, bayangkan sotong goreng butter tu sepinggan besar. Kalau order di restoran, rasanya bersamaan dengan 3 pinggan kot. Ikan pulak besar besar dan memang puas meratahlah. Cuma semalam tak ada udang kerana kehabisan. Aween dah tarik muka sikit sebab katanya tak lengkap tanpa udang. Minta diorder tapi hubby memujuk kerana lauk dah banyak takut tak berhabisan.
 

Aduhaai, mana nak isi perut lagi dengan hidangan sebanyak itu. Memang kekenyangan macam ular sawa jadinya walaupun saya ambik sedikit jer nasi. Kontrol diet konon.


Balik rumah, dah tak boleh buka mata, letih dan kekenyangan. Alhamdulillah dengan nikmat yang Allah berikan. Semalam semasa makan, saya pesan berkali kali supaya membaca Bismillah, kot kot ada yang terlupa boleh dibaca sebaik diingatkan seperti pesan Ustaz Don. Selamat malam semua....


Enjoy...

9 ulasan

restoran mana ni kak. nampak sedap je.

Lpa namanya tapi tepi anak sungai

sape plak yg masak tu yea..nampak menarik sgt... boleh share tak restoren mana..? TQ.

Tak pulak kami tanya siapa yg memasaknya. Restoran tepi sungai

mcm best jer menunya kan? lapar pulak mlm2 ni tengok makanan2 sedap ;)

Selamat bercuti! Boleh kunjungi A Famosa Resort di Melaka lain kali :) 5* Villa 827


www.villafamosaresort.com

Assalamualaikum, nama kedai makan di Morib tu apa ya? Teringin ajak family ke sana weekend ni :)

Saya dah tak ingat nama nya. Tapi restoran tu sebelah kanan sebelum sungai.


EmoticonEmoticon