Yezz! Juita Ku Sayang 1 Mei 2012



Kini tiba giliran Juita Ku Sayang, Nurjuita Amanda, anak gadis bongsu kesayangan di Villa Nur Qaseh pula menghiasi ruangan Knock Knock majalah Yezz!  Jom dapatkan naskhah Yezz! untuk anak anak kita untuk mereka melihat bagaimana rakan rakan sebaya menghias bilik tidur masing masing.

Juita atau panggilan manja kami ialah Baby adalah nama yang saya ambil dari nama kawan sekolah kakak saya di Sekolah Menengah Teknik Bukit Piatu, Melaka. Manakala Amanda adalah nama yang muncul di saat akhir semasa menonton drama "Elena and Amanda" waktu saya sedang bercuti sebelum melahirkan. Terus ianya mengingatkan saya pada Amanda, model  kacukan dari Pulau Pinang yang agak terkenal juga pada suatu waktu dahulu.

Juita adalah anak keempat dalam keluarga mempunyai citarasa yang tinggi dalam menghiasi bilik tidurnya.  Meminati dekorasi bergaya mewah dan sukakan barangan mahal dan berkualiti tinggi.  Agak cerewet di dalam memilih barangannya dan seperti saya juga, beliau sanggup menunggu sehingga mendapat apa yang berkenan di hati.

Sebelum ini, anak bongsu saya, Aween menghiasi ruang yang sama. Klik di SINI untuk melihatnya.  Love you so much, Baby ...





Yezz! Juita Ku Sayang 1 Mei 2012 Yezz! Juita Ku Sayang 1 Mei 2012 Reviewed by Azie on April 25, 2012 Rating: 5

6 comments

  1. wah2..cantiknya bilik anak dara,,..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih. Kami beri kebebasan untuk mereka menghias bilik mengikut citarasa masing masing

      Delete
  2. tahniah Zie family yang glamour anak beranak heeee untung nye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Kak Noor ku sayang. Mana ada glamour, Kak Noor. Biasa biasa jer. Tak ada pulak Pengiran dari Brunei yang nak tengok ya

      Delete
  3. Tahniah... tahniah... moga memberi inspirasi pd yg di luar sana..

    ReplyDelete