Udang Masak Lemak Cili Padi





Semalam semasa di rumah Liza, sempat juga belajar cara cara memasak Lemak Cili Padi cara sebenar Nogori Sembilan.  Barulah saya tahu yang untuk memasak selain dari ikan, tak perlu diletakkan asam keping pun.  Cuma diletak garam dan serai sahaja. Selama ini, saya letak jer asam keping, patut lah tak kick ya. Kalau ikan atau ayam, biasanya dikecutkan dulu dengan dimasak atas api bersama bahan yang dikisar sebelum dimasukkan santan.  Nampak mudah jer tapi kena belajar, baru dapat ilmunya.  Pembelajaran ni mestilah berterusan dan sehingga ke akhir hayat.

Jom tengok yang saya masak pagi tadi... Ini untuk rekod sendiri la, untuk panduan anak cucu cicit di akan datang yang baru baru belajar nak memasak. Gulai saya hari ini agak cair kerana santan yang dibeli memang tak berlemak. Tak banyak santan lah.

Udang Masak Lemak Cili Padi 

6 cili padi kampung
1 1/2 inci kunyit hidup
2 batang serai - ketuk
Garam secukupnya
Santan

Cara cara
Kisar cili pada dan kunyit hidup sehingga halus dengan menggunakan sedikit santan.  Masak atas api perlahan dengan selalu dikacau supaya tidak pecah minyak.

Masukkan udang dan garam. Sesuaikan rasa dan boleh lah ditutup api. Hidang dengan nasi putih panas panas.

Nota:
Boleh juga jika mahu dimasukkan kacang panjang. Sedap dan boleh menjadi sebagai ulam dan sayuran hidangan kita 

Udang Masak Lemak Cili Padi Udang Masak Lemak Cili Padi Reviewed by Azie on March 25, 2012 Rating: 5

4 comments

  1. Tersampai di sini selepas Google udang masak cili api.
    Thanks for the recipe.
    Follow akak.
    Visit blog saya http://khairulazone.blogspot.com

    :-)

    ReplyDelete
  2. mmg x pki bwg besar ke k.azie? sama x rasanya bila x pki bwg?

    ReplyDelete
  3. Org Nogori dalam hal memasak kebanyakannya enggan gunakan bawang samada merah atau putih dlm menu masakannya.... berbau....

    ReplyDelete