22 Feb 2012

Telur Mayonis Yang Gebu

Telur Dadar Mayonis


Telur dadar dengan mayonis menjadikan telur dadar kita sangat gebu dan kekal gebu selamanya. Itu yang membuatkan saya teruja untuk cuba memasak telur dadar dengan mayonis.  

Alaa macam Sheila Rusly punya iklan kat TV tu.  Sedikit sahaja pembaharuan yang dibuat menghasilkan masakan yang sedap dan berlainan dengan telur yang biasa dibuat sebelum ini. Jom cuba...

Telur Dadar Mayonis

Telur Dadar Dengan Mayonis 
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan
2 biji telur
1 sudu makan mayonis
2 tangkai daun bawang - hiris
1 biji cili merah - hiris
3 ulas bawang merah - hiris
Garam secukup rasa

Cara cara:

Satukan semua bahan bahan. Kacau rata.  Panaskan minyak dalam kuali dan goreng sehingga masak.



Telur Dadar Mayonis

Sedap dimakan dengan nasi putih panas panas. Selamat mencuba ...


3 ulasan

Asni wangsa maju delete 24 Dec 2012, 20:28:00

Sedap....nanti boleh try

Petua xnak bagi minyak tu berbuih, letak bawang putih.. Goreng dulu.. Kemudian baru masukkan telur kedalam kuali.. Sudah masak, tanggalkan bwag ptih tsebut dri tlur.. Klau xnk tggalkn pon xper..


EmoticonEmoticon