5 Feb 2012

Spaghetti alla Carbonara Lagi


Spaghetti alla Carbonara


Saya langsung tidak merancang untuk memasak spaghetti hari ini. Malahan tak tahu apa pun yang hendak dimasak kerana masih terdapat banyak kuih muih yang boleh dimakan untuk sarapan pagi.  

Tapi bila Aween berulang kali meminta supaya dimasakkan carbonara, saya terus masuk ke dapur untuk memasaknya. Itu pun dah agak lewat. Kiranya bukan lagi masakan untuk sarapan tetapi untuk makan tengahari.

Sebenarnya saya sengaja melewat lewatkan bagi memastikan semua orang dah bersedia untuk makan, baru mula memasaknya supaya spaghetti dihidangkan semasa masih panas panas dan cheese masih cair.   

Resepinya dah ada di entri sebelum ini.  Boleh klik di SINI. Memang sedap resepi ini, ala ala spaghetti carbonara di Italiannies gitu.

Jom kita layan gambar gambarnya yang sempat saya rakam sewaktu memasak tadi...



Spaghetti alla Carbonara

Spaghetti alla Carbonara 
Oleh: Azie Kitchen

Memasaknya sangat mudah. Rebuskan pasta mengikut masa ditetapkan di bungkusan. Sementara menunggu pasta masak, goreng daging dengan sedikit olive oil. Masukkan sekali garam dan lada hitam. 

Di dalam bekas lain, campurkan telur,  cream, cheese, garam dan lada hitam. Kacau dan pukul dengan sudu atau garfu.




Setelah pasta masak, masukkan ke dalam kuali dan dikacau rata bersama daging.  Tuangkan bancuhan telur tadi ke atas pasta dan kacau rata sehingga ianya bersalut pada pasta.  Tutup api.



Boleh dihidangkan semasa panas panas. Taburkan parmesan cheese jika masih tak cukup cheese dan juga daun parsley.  Siap untuk dinikmati ...

Enjoy ...


EmoticonEmoticon