12 Feb 2012

Sardin Masak Cili Padi Menggamit Memori di London



Sardin Masak Cili Padi



Masih banyak lebihan nasi lemak kukus semalam. My laling hubby memang macam tu kalau menjamu tetamu, biar berlebih jangan terkurang. Jadi breakfast pagi ni, makan nasi lemak kukus jer. Kukus kan balik nasi lemak tu, sedap. Selain sambal ikan bilis, saya memikirkan apa lauk lain untuk tambahan dimakan bersama dengan nasi lemak kukus. 

Tiba tiba teringat kenangan memasak ikan sardin di London yang sangat sedap, lebih lebih lagi dengan cuaca dingin yang menjadikan apa saja yang dimasak sangat sedap. Makan dengan telur dadar dan nasi putih panas panas. Bukan nak cakap lah, fuyyoooo sedap sangat sangat. Lebih lebih lagi ikan sardin di sana sangat segar dan kental.

Resepi ini saya pelajari semasa di London juga apabila Ruby memberikan resepi emak beliau sewaktu kami sedang menikmati makan tengahari di restoran makanan Malaysia di White City. Ya lah bila di perantauan, kita kenalah masak yang ringkas ringkas sahaja. Boleh katakan tiap hari juga saya memasak sardin, bukan sebab ianya masakan segera tetapi sebab memang sedap ikan sardin di sana. Saya ni pula, sangat suka makan ikan sardin. Jadi memang kena sangat lah.



Sardin Masak Cili Padi

Sardin Masak Cili Api 
Oleh: Azie Kitchen

1 tin sardin
4 ulas bawang putih
15 biji cili padi (tambah jika ingin pedas)
Bawang besar - hiris
Garam
Serbuk perasa

Tumbuk bawang putih dan cili padi sehingga hancur. Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk sehingga wangi.







Masukkan ikan sardin sahaja dulu dan biarkan bergoreng bersama minyak dan bahan tumis tadi. Balik balikkan ikan supaya masak rata.






Masukkan sos sardin, bawang besar dan garam serta serbuk perasa.






Bolehlah dihidangkan semasa masih panas. Sedap dimakan dengan nasi putih atau roti.


Enjoy ....

12 ulasan

Air asam jawa tak payah masuk ker?

Saya tak letak pun. Kalau suka, boleh juga masukkan.

kalau,,taruhkan air limau nipis ok tak???

menarik nyer...boleh jadi jiran awak hehe...saya mmg penggemar sardin...

untung nyer saper jadi jiran awak.....

Saya dah masak dah sardin ikut resepi ni. Alhamdulillah sedap. Terasa time gigit cili padi. Hihi. Senang nak cuba lagi. Cicah dgn roti. :-)

cili padi kalau blend same x rase dye?lesung takut org sblah marah plak.hihi

Salam Sis Azie. Tested this recipe a few days ago, my hubby and children love it so much. Thanks for sharing

Hi Sis Azie. Pls forgive me as I hv shared this recipe of yours in my blog without your permission. I am a huge fan of you and have tried so many recipes from yr blog. I learned a lot from yr blog esp abt Malay cuisine. Thank you so much for being so generous.

Memang Best resepi azie ni.. Ank² pn suka thanks azie for the resepi


EmoticonEmoticon