17 Feb 2012

Pizza Lagi



Pizza Azie Kitchen

Semalam juga saya ada membuat satu lagi pizza menggunakan lebihan doh pizza yang ada. Bersaiz lebih kecil dan crust dibuat agak nipis. Saya biarkan Nelly meletakkan apa apa topping yang disukai.  Oleh kerana pizza ini yang masak terlebih dahulu, jadi lebih laku dan menjadi rebutan.

Cara cara menyediakannya sama sahaja dengan entri Pizza Nur Qaseh. Jadi saya hanya ingin share hanya gambar gambar sahaja. Jika nak tengok resepi, klik di SINI kot susah you all nak mencarinya. Layan....




Pizza Azie Kitchen

Pizza Lagi 
Oleh: Azie Kitchen

Leper leperkan doh dengan tangan di dalam pizza pan yang telah ditabur dengan tepung gandum.



Sapukan sos pizza dan italian herbs rata rata. Taburkan sedikit mozarella cheese.




Letakkan sayuran dan bahan bahan lain yang disukai. Akhir sekali, tabur parmesan cheese. Masak dalam suhu 250C selama 5 minit dan 220 C selama 1 - 2 jam.





Dihidangkan panas panas.





3 ulasan


EmoticonEmoticon