6 Feb 2012

Delicious Spaghetti Aglio e Olio Untuk Sarapan Di Nur Qaseh



Delicious Spaghetti Aglio e Olio


Masih terdapat baki spaghetti yang direbus malam tadi, jadi saya terus membuat seafood spaghetti aglio e olio untuk sarapan pagi ini. Kebetulan masih ada udang harimau sederhana besar yang dibeli di KK dalam peti ais.

Wah seronok melihatkan anak anak makan sebaik sahaja diangkat dari dapur. Melihatkan telatah mereka yang makan secara berebut rebut adalah kenangan terindah dalam hidup. 

Kalau semalam saya tulis spaghetti carbonara yang dimasak sedap setanding dengan spaghetti di Italiannies, hari ini pulak spaghetti aglio e olio saya sedap setanding dengan seafood spaghetti di Delicious yang selama ini menjadi kegemaran saya setiap kali mengunjunginya. Dulu saya tak berapa suka spaghetti di Delicious sehingga kawan saya mencadangkan saya mencubanya sewaktu kami makan makan di Delicious Mid Valley. Dari situ, saya mula menggemarinya dan kadang kadang mengajak hubby singgah di Delicious selepas pejabat hanya untuk makan seafood spaghetti.

Resepinya ada di SINI ya. Resepi ni saya ambil dan belajar dari video omputih. Melihatnya berulang ulang kali bagi memastikan cara dan teknik yang betul di ikuti. Jom layan gambar gambar yang diambil pagi ini...



Delicious Spaghetti Aglio e Olio

Spaghetti Aglio e Olio 
Oleh: Azie Kitchen

Mula mula rebus pasta mengikut masa yang ditetapkan di bungkusan.  Yang ni, semua orang tahu kot, letak garam banyak banyak sampai air rasa salty, baru sedap.  Juga letak sedikit olive oil. 

Masukkan olive oil ke dalam kuali dan tumis bawang putih yang dihiris nipis dengan api perlahan sehingga kekuningan.  Masukkan cili kering yang digunting.  Goreng lagi dan masukkan chicken stock bagi memberhentikan bawang putih dari terus kegaringan.  Kemudian masukkan udang dan masak sehingga udang masak.





Pasta yang masak, ditabur parmesan cheese dan daun parsley yang dicincang.  Gaul rata rata.




Masukkan pasta ke dalam kuali dan dikacau rata rata.  Masukkan garam dan red pepper flakes.  Sesuaikan rasa dan bolehlah diangkat.



Delicious Spaghetti Aglio e Olio

Masa dihidang, taburkan red pepper flakes dan chopped fresh parsley sekali lagi.





Enjoy .... 

2 ulasan

Assalamualaikum Puan Azie. Syok tengok masakan puan. Plating pun cantik je. Saya nak bertanya, olive oil jenis apa yang selalu puan guna dalam masakan? olive oil biasa atau virgin olive oil? atau mild atau juga lighter olive oil? maaf la puan, banyak bertanya


EmoticonEmoticon