11 Feb 2012

Bubur Pulut Hitam

 
Bubur Pulut Hitam

Bubur Pulut Hitam

Inilah kali pertama saya memasak bubur pulut hitam. Terpaksa menanyakan my friend Yarina cara cara memasaknya. Caranya tidaklah susah tapi sebab kali pertama memasaknya, banyak perkara yang tidak pasti. Contoh pulut dah cukup kembang dan masak ke, dah cukup air ke dsb.

Bubur Pulut Hitam

Beras dibasuh dan direndam sekejap sebab memang last minute pun. Sepatutnya rendam banyak jam juga atau satu malam.



Masak di dalam periuk dengan air yang sedikit. Air boleh ditambah sedikit sedikit sehingga beras pulut betul betul kembang. Bila sudah kembang, bolehlah masukkan gula melaka dan gula. Rasa lah dulu tahap kemanisannya.



Bila dah sesuai tahap kemanisan, bolehlah diangkat dan dihidangkan. Sebelum dihidangkan pada tetamu, tuangkan susu cair. Taraaaa, siappp.



Bubur Pulut Hitam


Enjoy ....


EmoticonEmoticon