5 Jan 2012

Rendang Udang Harimau


Rendang Udang



Balik jer dari pejabat hari ni, saya terus masuk dapur menyediakan makan malam walaupun sampai rumah dah pukul 7.30 malam. Maklum sejak masuk sekolah, Aween hanya makan sekali saja sehari. Jadi makan malam dia mesti lah saya cuba masakkan yang agak istimewa sikit bagi membangkitkan selera anak bujang saya tu. 

Kebetulan masih ada udang harimau yang saya beli dari KK dulu, jadi saya membuat rendang udang harimau. Ini adalah kerana beliau amat menggemari masakan seafood tak kira lah udang ke, ketam, kerang atau apa apa jenis seafood.

Resepi udang harimau ni sama saja dengan masakan rendang yang lain. Cuma bezanya menggunakan udang sahaja. Bagi yang baru berjinak jinak dengan masakan, boleh rujuk pada resepi sebelum ini dengan klik jer di sini



Rendang Udang

Rendang Udang


Makan malam kami malam ni sedap sekali. hahaha pada selera saya lah walaupun lauknya hanya udang rendang, telur dadar dan ikan kering sahaja. Saya  pula hanya makan pulut kuning semalam yang saya simpan dalam freezer dan dipanaskan, sedap sekali dimakan dengan rendang udang.  

Saya pasti ramai yang setuju yang rendang udang sangat sedap. Kalau dimakan di restoran pasti mahal sekali, jadi eloklah kita beli udang dan masakkan sendiri. Pasti menjimatkan dan sedap kerana kita menggunakan bahan yang secukupnya. Jom kita layan gambar gambar nya ...


masuk kesemua bahan hiris dan bahan kisar bersama santan

masukkan udang

masukkan garam, gula, asam dan kerisik

akhir sekali masukkan daun kunyit

masak hingga agak kering


EmoticonEmoticon