8 Jan 2012

Pulut Durian



Pulut Durian


Saya memang sangat sangat suka makan durian. Suka sangat sangat. Sejak kecil, durian adalah buah dalam kategori mewah bagi kami kerana jarang sekali dapat makan banyak setiap kali makan kerana jumlah durian yang dibeli adalah sedikit sahaja. Lagi pulak, arwah my father tak ada menanam pokok durian di dalam kebun buah buahan kami. Jadi kalau nak makan durian, kami akan tunggu ada acara makan durian tahunan yang diadakan di madrasah di mana setiap keluarga akan membawa durian, pulut dan kelapa untuk dimakan secara beramai ramai selepas acara bergotong royong membersihkan tanah perkuburan yang terletak berhampiran madrasah.

Dah setahun lebih saya tak makan buah durian walaupun berkali kali meminta hubby membelinya sehinggalah malam tahun baru 2012, dapatlah saya makan durian udang merah. Itu pun agaknya sebab hubby nak ambil hati kerana dia berpatah balik dari pergi ke The Curve kerana jalan ditutup sempena sambutan malam tahun baru. Jadi sebelum balik rumah, kami makan durian di bawah lampu samar samar yang romantis di tengah padang berhampiran Sunway Giza. Hanya kami jer yang ada di situ. Suasana sangat hening dan ala ala romantis gitu. Itu cerita flash back.

Semalam saya minta hubby membeli durian kerana saya sangat teringin nak memakan pulut durian. Kebetulan malam tadi, ada pasar malam di seksyen 8 Kota Damansara, jadi hubby membeli beberapa biji durian untuk dibuat pulut durian. Yeay ...akhirnya tercapai juga hasrat hati yang nak memakan pulut durian.

Jom kita layan gambar gambarnya. ohhh sebelum tu, kita tunjukkan sikit cara kita makan durian. Setelah membaca komen dan pendapat kawan kawan fb seperti Ira, Asmahani, dan Rusila, saya akhirnya mengukus pulut untuk dimakan dengan durian.  Beras pulut direndam dari malam tadi.  Ini dia pulut nya ... pagi pagi lagi dah masuk dapur nak masak pulut ni.

pulut yang dihidangkan

masukkan daun pandan untuk mewangi dan juga menutup lubang

letakkan beras pulut yang telah ditos dan kukus

pulut yang sudah masak di kukus
Lepas tu, santan kelapa dimasukkan garam. Bagi ada rasa masin sikit, baru sedap. Ini lah rupanya santan kelapa tu ... hahahaha saja jer nak menayangkan gambar. Dah tak ada kerja lah gamaknya tu ...

santan dicampurkan dengan garam

Akhir sekali, durian ler. Tak ada durian, mana jadi pulut durian weh. Haaa ni dia durian yang kami beli malam tadi.





Setelah dimasukkan kesemuanya di dalam pinggan, gaul ler rata rata. Lepas tu, apa lagi ya? hmmm ngap ler. Tapi saya pelik sikit, saya tak suka menggaul rata durian dengan pulut. Tapi saya makan seolah makan nasi dengan lauk, saya cubit durian tu sikit sikit dan makan dengan pulut. Tak sukalah bergaul rata ...macam my hubby makan, dah nampak macam tempoyaklah pulak.

inilah rupanya pulut durian yang sedia dinikmati
Nak citer, masa kecil, akan dimasukkan juga sesudu dua gula melaka atau dipanggil nnise dalam kuah santan dan dihancurkan sebelum dimasukkan durian. Bila kawin, hubby memujuk supaya saya cuba makan pulut durian tanpa gula melaka. Walaupun pada peringkat awal agak keberatan, tapi selepas mencubanya, barulah saya tahu yang makan pulut durian tanpa gula melaka, lagi sedap. Rasa lemak dan rasa masin masin menjadikan ianya sedap sangat. Sehingga sekarang, saya tak lalu lagi makan pulut durian dengan gula melaka seperti yang saya makan waktu saya di kampung dulu. Tak mungkin lagi saya makan durian seperti itu ...


EmoticonEmoticon