22 Jan 2012

Masak Asam Pedas Ikan Salmon dan Bendi

Masak Asam Pedas Ikan Salmon

Semalam anak saya Aween yang meminta dibelikan ikan salmon dan bila ditanya nak dimasak apa dengan ikan salmon, dia terus menyebut asam pedas. Saya dah banyak kali memasak asam pedas dan resepinya pun dah beberapa kali saya postkan. Tapi bolehlah rujuk resepi dengan klik di SINI ya.

Aduhai semua barang naik harga, rasanya terutama dengan musim Tahun Baru Cina yang akan menjelang beberapa hari lagi. 2 keping ikan salmon ini dah berharga hampir RM30. Tapi dek memikirkan permintaan anakanda, my Laling Hubby tak keberatan membelinya.  

Pagi tadi saya bangun pagi pagi terus menggunting cili kering, rendam, rebus dan akhir sekali blend. Saya memang kena sentiasa ada cili kisar dalam peti sejuk. Kalau tak ada, alamak malas lah sikit nak memasak apa apa resepi yang menggunakan cili kisar.

Lepas tu, saya potong dan kupas bawang putih, bawang merah, halia dan lain lain bahan diperlukan. Blend semuanya sekali. Lepas tu, minta hubby ke belakang rumah, memetik beberapa tangkai daun kari.  



Masak Asam Pedas Ikan Salmon dan Bendi


Tumis bahan bahan kisar sehingga betul betul garing dan wangi tau. Biar nampak kering dan berminyak. Masukkan juga daun kari, kasi wangi wangi gitu. Kemudian, baru masukkan air secukupnya. Jangan lupa untuk memasukkan air asam jawa.






Bila menggelegak, baru dimasukkan ikan dan bila ikan hampir masak, masukkan sayur bendi yang merupakan sayur wajib saya bila memasak asam pedas.

Masak Asam Pedas Ikan Salmon dan Bendi


Bila ikan dah masak, bolehlah sesuaikan rasa dengan memasukkan garam dan serbuk perasa. Dah OK semuanya, boleh lah diangkat dan dihidangkan dengan nasi putih panas panas.  



Masak Asam Pedas Ikan Salmon



6 ulasan

mcm best .. nak try .. tak tahu pula salmon boleh masak asam pedas...

Memg sedap asam pedas salmon..masak kari pun super sedap

Terima kasih kerana sudi berkongsi resepi ini.Alhamdulillah SH dah buat dan sedap!!!

bila saya masak macam ni, suami saya kata macam sambal. geram betul saya!

Kalau kepala salmon lg meletop..nk2 lg lemak kt pipi salmon tu..memang terbaik..


EmoticonEmoticon