Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Kuah Durian dan Pulut


Kuah Durian


Sementara hari ini, acara makan makan yang berkaitan dengan durian, jadi saya kacaukan atas dapur sedikit durian untuk dijadikan kuah durian. Mudah jer buat kuah ni, jom lah tengok resepi di bawah. Nanti selain makan dengan pulut, saya cadang nak makan dengan roti.

Kebetulan minggu lepas ada kawan, Sabariah dari Johor yang mengirim roti yang sedap dan menjadi kesukaan saya kerana ianya dibakar secara tradisional iaitu dibakar menggunakan arang. Yang sebenarnya inilah kali pertama saya membuat kuah durian yang sangat sedap.... Hahaha puji diri sendiri lah hari ini ...


Kuah Durian dan Pulut
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
6 ulas durian
Santan secukupnya
1 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
sedikit air

Masukkan  beberapa durian ke dalam periuk, tambah santan, gula dan garam juga sedikit air.  Jika suka, boleh juga dimasukkan susu pekat sedikit. Kacau  sampai mendidih dengan api perlahan, jangan sampai pecah minyak. Jika rasa terlalu pekat, masukkan air. Sesuaikan rasa, bolehlah diangkat dan dihidangkan dengan pulut atau dengan roti.

Pulut pulak saya memasak dengan cara mengukus sehingga masak tanpa air, santan atau garam. Beras pulut yang direndam semalaman, dimasukkan dalam pengukus selama 20 minit.

Cara Mengukus Pulut
Ada pelbagai cara, ikut bagaimana pulut hendak dimakan.
Jika pulut dimakan dengan kuah durian, ada beberapa cara:

a. kukus kering beras pulut yang dibasuh dan ditos tanpa perlu dimasukkan air, santan dan garam. Kukus hingga pulut masak.

b. Kukus kering seperti di a. di atas dalam 20 minit. Angkat dan masukkan dalam mangkuk. Tuang air yang dicampur dengan garam atas pulut tadi dan dikacau rata. Lepas tu, kukus lagi selama 10 hingga 20 minit.

c. Kukus seperti memasak nasi,  beras pulut dicampur air separas beras pulut dan masukkan dalam loyang dan kemudian dikukus.

hahaha sungguh enak raja buah ini

masukkan semua bahan dalam periuk

kacau dengan api perlahan hingga mendidih

Kuah durian yang sudah siap dihidang

pulut masih atas kukusan
 
pulut yang direndam dan dikukus

sedap roti ni .. dibakar menggunakan arang

Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

3 ulasan for "Kuah Durian dan Pulut"

  1. Salam.. Sekarang ni musim durian.. Boleh cuba bila2..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu, Nur. Biasanya kalau durian tengah banyak, harga lebih murah. Bolelah buat stock. Simpan dalam freezer utk buat kuih muih kemudiannya.

      Padam
  2. Trying it out right now. Will comment once done and tasted. Thanks for the recipe.

    BalasPadam