14 Jan 2012

Jom Lawat Laman ala Tropika di Villa Nur Qaseh

 
Sejak kecil memang saya suka menanam pokok bunga.  Masih ingat lagi saya masuk ke hutan di belakang rumah nenek untuk mengambil keladi hutan yang berwarna warni dan tanam di hadapan rumah kami.  Masa tu, tanah liat diambil di hadapan rumah yang memang tanahnya dari jenis tanah liat.  Baja pula diambil dari kandang lembu arwah my father.  Memang subur lah pokok pokok kami dek mendapat cukup baja asli.

Masa tinggal di USJ juga saya meneruskan minat bercucuk tanam.  selain pokok pokok bunga di dalam pasu, saya juga menanam di atas tanah.  Pokok mangga yang ditanam di USJ juga berbuah buah dan sangat manis.  Pokok kurma yang ditanam oleh my ex maid menggunakan biji kurma nabi yang dibawa balik oleh my mother dari Mekah juga tumbuh subur dan di bawa bersama kami pindah ke Kota Damansara.

Saya sukakan tanaman tropika yang mudah dijaga.  Maklumlah kami tidak mempunyai garderner.  Semuanya dibuat sendiri dari mencari benih, menanam, menyiram, membaja, mengutip daun daun frangipani dan mencabut rumput rumput liar disekelilingnya.  Jadi kami memilih taman yang mudah dijaga dan sedap mata memandang.  Jadi walaupun tiada konsep taman tertentu di rumah kami, namun tanaman nya lebih menjuruskan kepada tanaman tropika dan pokok pokok berbau wangi bagi menambahkan wanginya Villa Nur Qaseh.  

Jom ikut saya melayan pokok pokok yang menyuburkan dan menyejukkan kediaman kami.  Kesuburan mereka mengundang pepatung, labah labah, burung burung malahan tupai juga untuk singgah menikmatinya ...

Taman saya terbahagi kepada 6 bahagian.  Gambar di bawah ini adalah sebahagian diantaranya ... jom layan ...








Yang di bawah ini ialah pokok pokok wangi di taman kami.  Bila petang, semerbak jer baunya.  Takut? Apa pulak nak takut, biasa biasa ajer.  Haruman dari pokok pokok ini amat memberikan ketenangan bila saya membuat lawatan taman di petang hari. Pokok white ginger lily yang bawah tu diberi oleh my neighbour, Puan Normah. Tengok kat gambar bawah tu, ada yang menumpang rezeki di bunga belaan saya ...


















Yang ini pulak pokok pokok yang dibeli di nurseri dan ada juga yang di bawa dari rumah lama.  Setengahnya di tanam oleh Agus, pekerja yang menjaga rumah kami sebelum kami berpindah masuk.  Antaranya pokok berbunga merah ini.  Yang lain adalah bunga bunga bagi laman tropika
















Ini pula tanaman dapur, tanaman herba di kitchen garden Nur Qaseh.  Pokok kelapa ini di bawa oleh abang saya, Abang Zali dari Kelantan yang sangat prihatin akan minat saya untuk bercucuk tanam.   Pokok betik juga ditanam oleh Agus dan dah banyak kali berjasa dan memberi rezeki pada kami, pada burung burung dan ayam hutan peliharaan kami.  Nampak tak yang bertutup biru di gambar pokok kelapa, itu adalah umpan anai anai













Haaa tak cukup di tanah sendiri, ambil pula tanah luar.  Macam Belanda dapat tanah lah ni, menerokai tanah luar.  Hmmm kira kita punya tanah juga lah ya.  Pokok mangga tu disemai dari benih pokok mangga dari rumah USJ yang sangat manis semanis senyuman lah.  Yang kecik sikit tu, mangga yang disemai dari Mangga Pakistan yang dibeli dari Restoran Insaf yang manis giler tu....






Haaa yang ini pulak sangat istimewa.  Ianya adalah pokok kurma yang disemai oleh Sri Handayani, bekas pembantu rumah yang telah bekerja dengan kami selama 18 tahun.  Ianya menggunakan kurma Nabi yang dibawa balik oleh my mother dari Mekah.  Pokok ini dah dipindah beberapa kali semasa di USJ dari dalam pagar di pindah ke luar pagar.  Hingga lah saya pindah, my sister Cik gu Asiah mencadangkan supaya saya membawanya ke Kota Damansara untuk dijadikan sebagai landmark Villa Nur Qaseh.  Bila dibawa ke sini, ia mula layu dan daunnya kering satu persatu.  Fikir saya, hayatnya pasti tak panjang.  Jadi dalam mencari pengganti, ya la patah tumbuh hilang berganti kan, terlihat yang ianya mula menunjukkan tanda tanda pemulihan.  Kiranya ianya masih dalam peringkat pemulihan lagi lah ni.  Walaupun boleh beli yang baru, ianya tak sama.  Yang ini satu satunya memberi nilai sentimental kerana ianya benih yang dibawa oleh my mother dari Mekah dan dia sekarang pun sangat uzur dan mungkin tidak mampu untuk ke Mekah sekali lagi.  Jadi pokok ini sangat berharga pada saya terutamanya ....



2 ulasan

kak azie... ina suka sgt tgk laman umah k.azie. ina baru pindah. sekarang asyik beli pokok nak sejukkan mata memandang. semua ina dgn suami buat sendiri. blog kak azie adalah yg terbaik untuk ina jadikan panduan, sbb k.azie pn buat sendri. rasa semangat nak laman cantik cam laman k.azie.. panjangnye komen.. hihihi

salam azie, suka sgt tengok laman azie, mmg sy pun suka pokok2 tropika ni tp laman terhad, so dpt jamu mata pun jadilah.


EmoticonEmoticon