20 Jan 2012

Hi Tea Villa Nur Qaseh







Sempena sesi fotografi majalah, saya memasak hidangan petang dan menjemput kawan kawan dan jiran untuk sama sama menikmati juadah yang dihidangkan. Untuk majlis ringkas itu, lama juga saya membuat perancangan apa menu yang akan disediakan dan sebagainya. Kebetulan pulak ianya bersambung dengan hujung minggu dan cuti tahun baru cina, jadi kuih muih boleh dimakan juga pada hujung minggu sambil bersantai santai kerana seperti yang saya nyatakan dahulu, sekarang ini cuti ke tidak ke, memang saya tidak suka untuk bercuti ke mana mana destinasi di dalam negeri. Mungkin kerana dulu kami kerap bercuti, anak anak tidak berminat lagi untuk menyertai percutian dalam negeri. Jadi rasa tak berbaloi untuk pergi bercuti hanya bertiga bersama anak yang paling kecil, sedang yang lain memilih untuk tinggal di rumah sahaja.

OK berbalik kepada menu yang disediakan untuk majlis hi tea, saya menyediakan spaghetti alla bolognese sebagai menu utama. Resepinya saya perolehi dari website luar negara sebagai original itallian recipe. Boleh lihat detail cara memasak dan resepinya di SINI. Spaghetti Bolognese diringkaskan sebagai spag bol adalah makanan yang memjadi kegemaran anak anak saya. Saya mula memasak kuahnya di sebelah malam. Aduhai sungguh semerbak bau di dapur semasa memasak kuahnya. Saya tak jadi bake, walaupun resepi asalnya perlu bake selama 1 - 1 1/2 jam. Sebaliknya saya renihkan di dalam slow cooker semalaman.



Selain spaghetti, saya menyediakan beberapa kuih sampingan. Yang pertama Kuih Bingka Durian yang memang saya sediakan lebih awal dan disimpan di dalam freezer. Boleh rujuk resepinya di SINI bagi yang berminat untuk mencubanya. Asal ada kena mengena dengan durian, memang akan menjadi kuih kegemaran saya yang memang peminat durian.


Selain Kuih Bakar Durian, kami juga menyediakan Chicken and Mushroom Quiche yang saya belajar dari TeeaRa Yatie. Memang sedap dan dah banyak kali saya menyediakannya. Untuk memudahkan penyediaan supaya tidak kelam kabut dan dapur tak berkecah pada hari majlis diadakan, saya telah menyediakan pastri untuk kulit quiche sehari sebelumnya dan disimpan di dalam peti sejuk. Begitu juga dengan bahan bahan untuk filling bagi quiche, dipotong malam tadi dan simpan di dalam tupperware dan masukkan dalam peti sejuk. Pagi pagi tadi, saya cuma menyiapkan sahaja Quiche dengan bahan bahan yang telah disediakan. Jadi cepat dan dapur juga bersih tanpa perlu mencucinya. Oh ya, kalau nak tengok resepi quiche, rujuk dengan klik di SINI.




Tidak lupa juga cup cake disediakan untuk tetamu kecil yang mungkin tidak gemar kuih kuih lain. Seperti biasa, saya mengambil jalan ringkas dengan membeli pre mixed. Tinggal dibancuhkan dengan butter dan telur sahaja. Tadaaaa, siap. Tengok resepi dan cara cara membuat nya di SINI



Rasanya dah cukup banyak kerana saya tidak menjemput ramai tetamu, jadi sebagai hidangan pencuci mulut, saya menyediakan Puding Trile. Puding ini adalah dessert omputih yang memang mudah disediakan dan so yummy ... Trifle adalah puding yang disediakan berlapis lapis dalam bekas yang kaca samada trile bowl atau punch bowl. Jadi dari tepi boleh dilihat, susunan desert yang cantik. Saya menyediakannya dalam trifle bowl dan juga dalam small footed bowl untuk fotografi. Lama saya merancang dan memikirkan resepi dan cara susunan yang akan dibuat. hahaha itulah saya memang suka membuat sesuatu dengan perancangan awal yang teliti bagi menghasilkan sesuatu yang terbaiiiik. Boleh rujuk resepi di SINI ya.




Saya juga menyediakan kuah durian yang memang tak dirancang pun untuk dimakan dengan roti hailam.  Ini semua gara gara terbeli roti hailam di Giant semalam.  Memikirkan durian pun masih ada, langsung saya meminta Nelly untuk membeli santan dan terus masak kuah durian.  Taadaaa siap.  Resepi boleh klick di SINI jer.



Akhir sekali air minuman. Selain teh O Ahmed tea kegemaran kami yang dibawa balik oleh Nana dari Egypt, saya juga menyediakan Air Sirap Soda dan Selasih. Saya membeli biji selasih di Jaya Grocer semasa membeli bahan dapur dengan hubby tempohari. Nelly mencadangkan supaya dimasukkan ais krim soda bagi memberikan sedikit kelainan. Yang ini senang jer, masukkan kesemua sekali, bancuh dan siap. Lengkaplah hidangan hi tea kami untuk kali ini. Enjoy ....


2 ulasan

Salam.. Kak Azie, terliur melihat semua juadah ni..

Wslm Nur. Semua juadah ini dimasak sendiri


EmoticonEmoticon