15 Jan 2012

Berebut rebut Spaghetti alla Carbonara



Spaghetti alla Carbonara



Saya tak mungkin melupakan peristiwa hari ini bila anak anak semua sibuk di dapur dan masing masing nak merasa spaghetti all carbonara yang masih di kuali. Masing masing dengan sudu dan garfu mengambil spaghetti yang masih disiapkan dalam kuali. 

Aween meminta saya cepat cepat mengambil gambar kerana mereka dah bersedia dengan pinggan masing masing dan tak sabar untuk menikmati spaghetti. Alahai, saya rela tak makan bila melihat anak anak berebut makanan seperti itu. Terus rasa kenyang dengan sendiri. Dan memang saya tak makan langsung, hanya duduk menemani mereka makan. Aween menghabiskan 3 pinggan penuh gitu. 

Kebetulan Nelly juga ada di rumah, jadi semangkuk besar spaghetti habis dalam masa beberapa minit sahaja. Memang spaghetti hari ni sangat sedap kerana banyak cream dan cheese yang digunakan. 

Hari ni memang kena masak spaghetti alla carbonara lagi demi menghabiskan cream yang jangka hayat selepas dibuka hanyalah 3 hari. Jadi walaupun saya dah memasak nasi dan lauk pauk untuk makan tengahari, saya masakkan juga spaghetti alla carbonara untuk hidangan petang.

 Spaghetti alla Carbonara


Hmm macam mana ni ya. Makan pagi dah lewat, masih kekenyangan makan pagi tadi. Sekarang dah petang, belum pun makan lagi hidangan tengahari. So, bila masa pulak nak makan hidangan petang ni. Aduhai, orang kita di sini mati kerana makan. Agenda seharian hanya makan makan makan macam hidup untuk makan jer. Sedang di negara lain, ramai mati kerana tak makan. So apa yang saya nak buat ni? Kalau kira, saya ni kekenyangan sampai esok pagi ni. Azam tinggal azam lah macam ni. Bila kita masak untuk famili, kita pun akan turut makan juga.

Zaman zaman dulu, kalau saya masak, saya tak berapa lalu makan. Macam kenyang dah hidu bau masakan lah kononnya. Tapi kini terbalik kot, sebab apa yang saya masak, saya makan lagi banyak kerana kesedapan dan keenakan masakan yang saya masak sendiri. Alahai hancuish lah diet camni....





OK nanti saya fikir macam mana cara saya nak menguruskan pemakanan sihat dan seimbang. Hari ni, jom kita tengok gambar gambarnya. Nak tengok resepi klik di SINI. I tell you, this recipe is so yummy and delicious. A must try one especially for those who love the original Italian spaghetti recipe. Jom layan ....


antara bahan digunakan

goreng daging

masukkan black pepper dan garam

pukul rata cream, cheese, telur, garam dan black pepper

tuang atas spaghetti panas panas dan kacau hingga bersalut

masukkan cheese, daun parsley dan dikacau rata

boleh lah dihidangkan

enjoy

3 ulasan

nak tanya, cream pakai brand ape eh?

Ikut ada stock jer. Kadang kadang Anchor, Emborg yg memang khas untuk cooking.

terima kasih kerana kongsikan resepi yang lazat lagi enak ni


EmoticonEmoticon