23 Dec 2011

Strawberry Ice Cream



Strawberry Ice Cream


Besok awal awal pagi saya dan Aween akan bertolak ke Kota Bharu, balik bercuti sempena majlis aqiqah cucu saudara yang terbaharu pada 25 Disember. 

Tapi Aween sempat meminta saya membuat ais krim. Entah bila dia nak memakannya kerana ais krim hamya ready untuk dimakan selepas semalaman di simpan di freezer melainkan untuk dimakan secara cair. Jadi untuk tidak menghampakan saya cepat cepat ke dapur membancuh ais krim strawberry yang menggunakan bahan yang sangat simple.




Resepi imi menggunakan coffeemate yang memberi rasa lemak. ais krim vanilla yang saya buat sebelum ini menggunakan telur tetapi yang ini tidak menggunakannya dan lebih sesuai untuk mereka yang alah dengan telur. Jadi apa kata anda mencubanya, jika tidak mempunyai ice cream maker, boleh juga menggunakan blender dengan kaedah blend and freeze berulang kali.

Jom layan resepi nya....




Strawberry Ice Cream
Oleh: Azie Kitchen


Bahan bahan:
1 mug Susu Penuh Krim
1 mug Coffee-mate
3 sudu Perisa Strawberi
1 sudu Gula

Cara cara
1) Blendkan bahan-bahan tersebut sehingga berbuih.
2) Tuang dalam ice cream maker dan blend hingga mencapai tahap kepekatan yg sesuai
2) Masukkan ke dalam bekas yang bersesuaian.
3) Masukkan ke dalam peti sejuk (bahagian sejuk beku).


Strawberry Ice Cream



4 ulasan

Assalam'alaikum Azie
Bleh kak idah bertanya sukatan 1 mug to berapa banyak sbab mug mempunyai size yg berbeza
Terima kasih

Wslm, guna mug saiz biasa. Sama saiz gelas biasa

Assalamualaikum :)
ais krim ni, ramuan di atas tu boleh dpt berapa byk ais krim..?
dan perisa tu, perisa yg buat air tu ke atau jenis serbuk..?


EmoticonEmoticon