14 Dec 2011

Mee Jawa



Mee Jawa



Dari dulu saya tak berapa gemar makan mee selain mee goreng. Ada satu tempat yang menjual mee goreng yang sangat sedap dan dirindui sehingga kini. Tapi saya pun tak tahu di mana mak cik tu berjual. Masa tu saya form 6, tinggal dengan abang di Bangunan MARA Bachok. Balik sekolah jer, mesti pergi ke gerai menjual mee di pasar Bachok tapi sekarang pasar tu pun dah tak ada. 

Apalagi nak mencari mak cik yang menjualnya. Kemudian saya dapat satu lagi tempat yang menjual mee goreng sedap di gerai Kampung Baru tapi mesti seorang jer yang masak. Pernah merajuk kerana mee digoreng oleh orang lain. Pun sekarang, gerai tu dah tak ada lagi.



Mee Jawa

Dari situ, saya mula belajar menggoreng mee sendiri. Alhamdulillah selepas banyak kali mencuba, saya berjaya menghasilkan mee goreng yang menepati selera sendiri. aduhai panjang pulak bercerita pasal mee goreng. 

Yang sebenar benarnya nak cerita, saya mula makan mee jawa di gerai kepunyaan kawan kami di Shah Alam. Konon nak bagi support, hubby bawa lah saya makan ke sana, dan mula mula tak suka tapi sebab lama lama, mula terasa kesedapannya. Namun kini, kawan kami pun tidak lagi menjual di gerai tersebut. Sekali sekala dapatlah makan bila ada jamuan, mereka akan menempah dari mak cik yang membekalkan pada mereka waktu berjualan dulu.

Hari ni, tiba tiba jer teringin nak makan mee jawa, mana nak cari mee jawa yang sedap? Hmm jadi terpaksalah cuba memasak dan membuatnya sendiri. Cari cari resepi terjumpa resepi ini yang diguna oleh kebanyakan blogger masakan. Jom kita layannn....


Mee Jawa

MEE JAWA
Oleh: Azie Kitchen

Bahan-Bahan:
1 kg mee kuning (dicelur)
1/2 kg. daging [rebus lembut dan hiris nipis]
300 gm tauge (buangkan akarnya dqn dicelur)
2 tangkai daun bawang (dihiris)
5 biji cili merah (dihiris)
3 keping tauhu goreng (dihiris nipis)
3 biji telur rebus (dibelah)
3 biji limau nipis (dibelah)
Sedikit bawang goreng

Bahan Kuah:
1/2 kg keledek (direbus & dikisar)


Mesin halus:
3 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
3 batang serai 

Sedikit halia
sedikit lengkuas
100 gm udang kering

sedikit cili padi, jika suka pedas

2 sb cili kisar
3 sb serbuk kari daging
air rebusan daging
1 cawan air
Sedikit garam
Sedikit minyak masak
Sedikit gula

Cara menyediakan:
1. Panaskan minyak masak dalam periuk. Tumiskan bahan yang dimesin, rempah kari & cili kisar hingga garing. Masukkan air dan kacau
2. Masukkan keledek. Tambahkan air rebusan daging mengikut kepekatan yang diinginkan.
3. Akhir sekali, masukkan garam & gula. Biarkan hingga kuah mendidih.
4. Angkat dan hidangkan dgn bahan yg dihiris.



bahan di blend halus

juga diblend

bahan bahan untuk ditabur atas mee jawa

daging direbus

ubi keledek direbus dan dikisar halus

tumis bahan mesin hingga garing

masukkan cili kisar dan rempah kari daging
masak sehingga garing


tuang keledek yang diblend

potong dan hiris

aduhai telur rebus

bawang goreng utk ditabur

tauhu
 
daging rebus tadi

masukkan gula dan garam, renihkan

celur mee kuning


 

21 ulasan

guna udang geragau blh ker kak zie...fav sy ni..

tak pernah pulak cuba. tapi rasanya boleh aje kerana ia tetap memberi perisa udang. cubalah, nanti boleh share kat sini hasilnya

Kak zie,mee jawa x sama dgn mee rebus kan?
Liya bnyk try resipi2 kt sini,suke2
trime kasih akak ^___^

As salam Liya, mungkin ada persamaan tapi tak sama. Mee rebus mmg terkenal di Johor. Mee Jawa pula byk didapati di Selangor. Saya makan mee jawa yg sgt sedap di rumah kwn di Shah Alam.

Kak Azie, sy dah cuba resepi mee jawa nie.... Sangat sedap... Agak2 kalau keledek tue tukar dgn kentang pon boleh jugak kan...

Askum....saya mmg suka mee jawa ni....hari ni nk try masak....kalau saya guna udang segar ganti udang kering boleh tk....zurin

Salam sis...saya baru je abes masak mi nie ikot resepi sis...sedappp gilerr kuahnyer...cuma sy x gune daging,guna ayam jek.mmg awesomelahh!x sabar nk hidangkan utk suami bile die balek keje nanti..hehe..thank u sis^^

Kak azie, nak tanya... Tak de jual kat memane kedai ke mee ni area shah alam/kl? Nak buat macam tak sempat 😭

thanks for the Recipee, seem to nice and yummy.

Saya cuba rezepi ni untuk open house hari ini ..semua tetamu puji memang sedap .. Alhamdulillah ...terima kasih sis Azie

salam sis.mohon share resepi ye sis😊😊😊

salam kak azie.. hr ni sya buat mee ja wa... mnjdi... trme ksh kngsi rspi

Kak,,klau tukar guna ubi kentang boleh??

Boleh tapi harga ubi kentang lagi mahal

Alahai, baru beli ubi keledek smalam. Haahaa ingatkan tak leh guna ubi kentang. Nak try masak harini tgk mcm mana hasilnya. Terima kasih utk resepi.

hi, air rebusan daging tu berapa banyak ye

Salam puan azie...saya suka dan share resepi puan difb saya...terima kasih

AsSalam puan azie..sy try resipi ni..sy ambik resipi ni..tq

Salam puan azie..asam keping perlu masuk tak

udang geragau laa paling terbaik rase dieπŸ˜‹

cantik warna kuah mee jawa kak Azie.oren keemasan. Tk atas resepi ni kak Azie. Anak2 sy mmg fav mrk mee jawa nih.


EmoticonEmoticon