18 Dec 2011

Lasagna



Lasagna


Saya belajar resepi lasagna ini dari kawan baik saya Yarina dan digabungkan dengan resepi Fadzlina Fadzil menjadikan lasagna yang sangat sedap. Saya terbaca komen rakan rakan Fadzlina akan keenakan lasagna Fadzlina, lalu saya terus menghantar mesej melalui inbox meminta resepinya. Resepi ni dah lama tersimpan, malahan tak pernah lagi cuba memasaknya.  

Saya bukan penggemar lasagna tetapi anak anak sangat menggemarinya. Setiap kali ke Pizza Hut, pasti setiap orang akan order lasagna.



Lasagna


Entah kenapa tiba tiba teringat untuk membuat lasagna  memandangkan cuti sekolah, Juita dan Aween ada di rumah dan hari hari hanya makan tengahari dengan nasi bungkus sahaja.  Hubby pulak berada di Langkawi, jadi saya bercadang untuk memasak western food sahaja hari ini yang lebih simple. 

Cara untuk membuat kuah merah atau sos spaghetti bolognese boleh rujuk pada entri sebelum ini atau di klik di  sini. Jom kita tengok gambar dan resepi yang saya gunakan  untuk membuat lasagna... jom 



Lasagna

Lasagna (1 dulang 1’x 6’’)
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
Keping lasagna secukupnya

Kuah merah (sama spt membuat kuah spaghetti bolognese):
1 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
sedikit cili kisar, jika suka pedas
Daging cincang
1 botol sos prego
Sedikit black pepper
Mushroom (atau apa apa yg suka)
Italian herbs
Fresh or dry parsley
Garam dan serbuk perasa

Masuk olive oil. Tumis bawang besar, bawang putih.  Masuk cili kering sikit dan daging cincang.  Bila daging agak masak, masukkan sos prego, sedikit black pepper, mushroom, perasa Italian herbs dan garam.  Sesuaikan rasa dan kepekatannya.


Kuah putih
4 sudu besar Majerin
6 sudu besar tepung gandum
500 ml susu full cream  (apa apa susu pun boleh)
2/3 grated cheddar cheese (optional)

Panaskan majerin, bila cair masukkan tepung gandum, kacau sebati hingga tepung keperangan.  Masukkan susu.  Masuk garam, black pepper dan grated cheddar cheese (tak letak pun tak apa, tak ada beza rasa with or without cheese).  Kacau sampai pekat.  Kuah jangan terlalu pekat, biar cair sikit supaya tak kering bila dibakar

Cara cara
Keping lasagna tu rendam dg air panas. Bila dah lembut atur dalam dulang acuan. Bubuh sos merah, sos bubuh putih, tabur cheese parut dan mozarela secara berselang seli.  

Susun kepingan lagi dan seterusnya. Lapisan atas sekali mestilah kuah putih sebelum ditabur dengan cheese.

Bakar setengah jam dalam oven 180 degree dalam 30 minit. selepas dikeluarkan dari oven, biarkan dalam 10 - 15 minit sebelum dihidangkan.


Panaskan butter

goreng tepung gandum hingga keperangan

masukkan susu dan garam

masukkan cheese jika suka

atur kepingan lasagna atas dulang yang disapu olive oil

Lasagna
Lapis kepingan lasagna, kuah merah, kuah putih dan cheese

Lasagna
taburkan mozarella cheese untuk lapisan atas

Bakar dalam 3 minit





5 ulasan

Kawan2 ofis saya dah try, mmg sedap. Sy nk try gak nnti.

Wah best nyer, nk try masak hari ni lh.. boring mkn nasi

Pn.Azie..terima ats semua resepi yg pn share dlm blog pn...sy mmg selalu ambil resepi dr blog pn...sy harap pn halalkan semuanya...terima kasih sekali lg..

Terima kasih kerana sudi menulis kpd saya. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih atas sokongan kpd blog azie kitchen


EmoticonEmoticon