30 Dec 2011

Kuih Cara Manis

 Kuih Cara Manis


Pagi pagi lagi hubby ke pejabat tanpa membeli breakfast untuk kami. Jadi kalau menunggu dia balik tengahari nanti, alamak kelaparan lah. Lagi pulak, saya memang jemu makan nasi lemak yang dijual di sekitar sini, yang pada saya memang tak sedap dan tak lemak langsung. Haaa nasi lemak yang saya masak sendiri yang terbaik. Jangan marah ya sebab ini kenyataan pada saya sendiri lah, pada tekak saya.



Kuih Cara Manis


Panjang pulak celotehnya. Jadi memikirkan apa kuih yang nak dibuat untuk breakfast pagi ni, teringat acuan kuih cara yang saya beli semasa singgah di Salamku di Kota Bharu bersama kakak baru ni. Elok juga dibuat perasmiannya. Cari cari resepi, terjumpa resepi dalam blog Dapur Nannie. Saya pun terus mula membancuh bahan bahan, hanya buat setengah adunan sahaja. Dapatlah 18 pasang kuih cara manis. yeayyy happy sangat sebab berhasil membuat kuih cara yang ranggup diluar dan lembut lemak di dalam nya.

Jom kita tengok resepi yang saya guna ... jom layannnn



Kuih Cara Manis

Kuih Cara Manis
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
2 cawan tepung gandum
3 cawan santan
2 biji telur
3 helai daun pandan
Sedikit pewarna hijau
secubit garam

Bahan inti :
Gula secukupnya

Cara cara :

~ Panaskan acuan khas utk kuih cara diatas dapur.

~ Daun pandan di blander dengan santan, tapis.

~ Kemudian campur dan masukkan semua gandum, telur & garam , santan ke dalam blender dan kisar semua bahan sehingga sebati . Tapis utk memastikan adunan tidak berketul .

~ Bila adunan siap masukkan ke dalam acuan yang telah dipanaskan , perlu disapu sedikit minyak dahulu supaya mudah ditanggalkan nanti.

~ Isikan gula ditengahnya. Tutup acuan dgn tudung periuk,tunggulah hingga masak. Gunakan api yg perlahan supaya kuih tu tak mudah hangit bawahnya.

~ Angkat dan boleh lah lekatkan sepasang2.

bahan yang diguna selain tepung gandum

bancuh atau blend semua sekali

sapu minyak pada acuan

tuang adunan

masukkan gula

kuih masak bila tiada lagi kelihatan tepung di permukaan

Kuih Cara Manis
tadaaa siappp

5 ulasan

ho ho nak tanya acuan kuih cara tu berapa ringgit eh? beli kat manoi?

Murah jer tapi lupa harganya. Saya beli kat Kota Bharu.

Kalu di Kuantan,Sy bli kat Cowboy. Dia Jual brg2 plastik...alat2 cangkul..barang rumah..rm21.90

Nak tanya.kak azie guna santan kotak kan,jd nk dpt mcamana 3 cawan santn tu?kn cmpur air x.kalau guna brapa cwan air.

Campurkan santan dg air. Kemudian baru sukat. Kalau saya masukkan santan dlm cawan separuh dna masukkan air hingga penuh cawan.


EmoticonEmoticon