27 Dec 2011

Ikan Percik Merah Kelantan


Ikan Kembung Percik Merah Kelantan



Ikan Percik Merah adalah antara lauk yang cukup disukai oleh kami sejak dari kecil. Saya belajar memasak sendiri ikan percik dari sekolah rendah lagi. Masa itu, semua terpaksa dibuat dengan menumbuk cili kering yang direndam sehingga lumat. Itulah bab yang paling saya tak suka. 

Kalau mahu cepat lumat, masukkan sedikit garam kasar. Kata kakak saya, zaman dulu, sambal percik yang ditumbuk terus dilumur pada ikan sambil dibakar dengan tak perlu dimasakkan terlebih dahulu pun.

Haaa yang ini pula Ikan Percik Merah yang dimasak untuk lauk makan tengahari kami hari ini yang dimasak oleh kakak saya, Cik gu Asiah. Bila dah lama tak makan ikan percik Kelantan ni, memang sangat sangat lah terasa sedapnya.

Jom layan gambar gambar dan resepinya. Jom...




Ikan Percik Merah Kelantan

Ikan Percik Merah Kelantan

Ikan Kembung Percik Merah

Bahan bahan
Ikan kembung
6 cili kering
6 bawang merah
1/2 inci kunyit hidup
1/2 inci halia
1/2 asam keping

1/2 sudu teh gula
1 cawan santan pekat
Garam secukup rasa

Ikan disapu garam dan kunyit dan dicucuk dengan lidi sebelum dibakar atas dapur arang.

Blend cili kering, bawang merah, kunyit hidup dan halia. bersama santan.  Masak  hingga pekat. Masukkan garam, gula dan asam keping.   

Kuah percik dilumur pada ikan yang dibakar.  Bakar lagi dan lumur lagi berulang ulang sehingga percik melekat pada ikan.


masak bahan kisar

ikan dilumur dengan garam dan kunyit

Ikan Kembung Percik Merah Kelantan
bakar atas dapur arang

Ikan Kembung Percik Merah Kelantan
lumur kuah percik berulang ulang

Ikan Percik Merah Kelantan
terbalikkan dan lumur kuah lagi

Ikan Percik Merah Kelantan


3 ulasan

Salam kak azie...kenapa kena cucuk dgn lidi?

Zaman dulu ikan dibakar menggunakan buluh panjang yang dibelah 2 dipanggil perangan. Jadi kalau tak dicucuk dg lidi, dikuatiri ikan akan patah.

sedapnyer tengok ikan 2 bulan puasa ini..nk cubalah,
Terima kasih atas info tersebut.silalah singgah diblog saya http://dirawanhartawan.blogspot.my/


EmoticonEmoticon