25 Dec 2011

Gulai Kawah Daging Kambing Aqiqah



Gulai Kawah Daging Kambing Kelantan


Saya belajar cara memasak gulai kawah daging kambing semasa kenduri majlis aqiqah  cucu saudara yang terbaharu pada cuti hari krismas. 

Saya balik kali ini memang semata mata untuk majlis aqiqah ini kerana Aween sangat suka makan daging kambing. Oleh kerana ianya dimasak dalam kuantiti yang banyak, agak sukar untuk mengira sukatan bahan yang digunakan. 


Gulai Kawah Daging Kambing Kelantan

Yang penting, saya dapat tengok sendiri langkah demi langkah untuk memasak gulai kawah Kelantan ini yang semestinya sangat sedap dan menepati selera saya sebagai anak jati Kelantan.

Jom kita layan gambar gambar di bawah....



Gulai Kawah Daging Kambing Kelantan

Gulai Kawah Daging Kambing
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan
Daging kambing
Mmbam nyior
Santan
Bawang merah
Bawang putih
Lengkuas
Halia
Rempah ketumbar
Rempah gulai kawah
Gula melaka
Asam jawa
Garam, gula
Kerisik kelapa

Bawang merah, bawang putih dan halia dihiris. Tumis bahan hiris hingga garing dan masukkan rempah gulai kawah.  Dimasak lama lama dan biar betul betul garing. 

Masukkan kesemua daging, mumban nyior dan rempah yang ditumis dan masakkan hingga daging empuk. Masukkan santan dan kacau hingga santan masak. Masukkan garam, gula, air asam jawa dan akhir sekali kerisik kelapa. Sesuaikan rasa dan kepekatannya.  Siapppp ...


Gulai Kawah Daging Kambing Kelantan
inilah mumban nyior

rendam dengan air

daging digaul dan dicuci dengan tepung gandum

Gulai Kawah Daging Kambing Kelantan
campur mumban dan daging

Gulai Kawah Daging Kambing Kelantan
masukkan rempah yang ditumis dan gaul rata

Gulai Kawah Daging Kambing Kelantan
jerang atas dapur

bila daging empuk, masukkan santan

masukkan bawang merah

Gulai Kawah Daging Kambing Kelantan
tuang gula, garam, gula melaka dan air asam jawa

akhir sekali kerisik kelapa

Gulai Kawah Daging Kambing Kelantan
siap dan sedap dimakan panas panas


10 ulasan

sedapnye lahai gulai kawah !!!!!!!!

Zura, I pun tgh rindukan gulai kawah juga ni. Gulai kawah Kelantan

nak2 plk yg dicampur ngn lemak2 tuh.. huwaaaaaa nangis !!!

Aduish terbaeek lah. Nangis kolesterol

sedapnya.. nak cuba buat malam ni tapi sy tak ada mumban nyior, harap2lah sedap juga nanti...

Kalau ada mumban nyior, lagi sedap dan terasa manisnya

sedap molek.....buley tera nih...kak dio terrr....kalu wat dale koli biaso xleh kow? hihi


EmoticonEmoticon