26 Oct 2011

Kuih Onde Onde Sedap dan Lembut

Kuih Onde Onde Sedap dan Lembut

Kuih onde onde ini adalah antara kuih yang saya biasa menengok Bonda saya sediakan sejak saya kecil lagi terutama di bulan Ramadhan. Pada waktu itu, setiap kali mahu membuat kuih saya akan ditugaskan untuk mengisar beras pulut dengan batu pengisar besar. Masukkan sesudu beras atau beras pulut dan pusing batu tu perlahan lahan hingga keluar tepung yang dikisar ke dalam kain penapis. Air itu akan disejat hingga tinggal tepung yang akan digunakan untuk membuat kuih. 

Kadang kadang bila saya jemu dan malas mula melanda, saya tuang air banyak banyak. Jadi proses mengisar cepat dan laju tapi tepung yang keluar tidak halus. Nanti bising lah Bonda. Bukan apa, berat tau pengisar tu. Setengah jam belum tentu siap. Miss lah acara nak bermain pondok pondok. hahaha masih main pondok pondok masa tu. Kalau tak main pondok pun, saya akan merayap ke dalam hutan mencari telur burung atau menjolok kumbang atas pokok untuk dibuat mainan.

Kuih Onde Onde Sedap dan Lembut

Begitu lah susahnya zaman dulu untuk membuat kuih muih bukan macam sekarang beli aje tepung beras atau tepung pulut dan bancuh dengan air dan siaaapp.  Bila dah bekerja di KL, barulah tahu yang kuih ini dipanggil kuih buah Melaka kerana menggunakan gula Melaka agaknya. Kami panggil gula Melaka tu sebagai nnisse jer yang dibuat dari nira kelapa dan dimasak di dalam kawah hingga pekat dan dimasukkan dalam acuan. 

Masa saya kecil, jiran belakang rumah yang saya kenali sebagai Wak Mejah mrmsnh mengusahakan pembuatan gula Melaka untuk dijual. Selepas dia siap, kami akan mengendeng untuk mendapatkan sisa gula Melaka di kawah yang telah garing. Maklum zaman dulu, mana ada coklat. Itu dah jadi macam coklat dan manisan untuk budak kampung macam saya. 

Kuih Onde Onde Sedap dan Lembut

Berbalik pada resepi ini, saya memasak kuih onde onde pagi pagi hari sempena cuti Deepavali, jadi sambil sambil berehat di rumah, boleh lah menikmati kuih onde onde dengan air teh TWG. Lagi pulak, abang Zali dan kakak ipar ada di rumah, kami makan kuih onde onde ini sebagai sarapan pagi juga. 

Jom kita layan resepi dan gambar gambarnya...

Kuih Onde Onde Sedap dan Lembut

Kuih Onde Onde aka Buah Melaka

Bahan-Bahan: 
4 sudu besar tepung pulut 
1 sudu besar tepung beras
5 helai daun pandan - kisar dengan air dan ambil jus secukupnya
Gula melaka - potong kecil
1/2 biji kelapa muda parut - ambil bahagian putih sahaja
Sedikit garam - untuk gaul dengan kelapa parut
Sedikit air kapur 


Cara cara: 
Bancuh tepung pulut dan tepung beras dengan air daun pandan dan air kapur sedikit demi sedikit sehingga adunan boleh digentel dan tak melekat di tangan.

Ambil adunan sebesar ibu jari dan leperkan. Masukkan gula Melaka yang dipotong kecil atau dihancurkan supaya ianya betul betul cair semasa direbus. Saya tak suka rasa gula Melaka yang berbiji semasa mengunyahnya. Tutup adunan kemas kemas dan gentel adunan dengan kedua tapak tangan supaya berbentuk bulat cantik.  

Panaskan air di dalam periuk sehingga mendidih. Kalau suka, boleh masukkan daun pandan yang dicarik dalam air rebusan supaya wangi.

Masukkan bebola tepung tadi dan tunggu sehingga ianya timbul di permukaan air menandakan ianya telah masak dan sedia diceduk keluar.

Tos dan terus masukkan ke dalam pinggan kelapa parut yang telah digaul bersama sedikit garam. Golek golekkan kuih di atas kelapa tadi sehingga ianya betul betul bersalut. Sedia untuk dihidangkan. Nota: Kepala parut ditekan tekan sedikit dengan sudu supaya rata. Jadi ianya lebih cantik.

Nota: Resepi asal Bonda saya ialah menggunakan hanya tepung beras pulut. Tapi untuk menghasilkan kuih onde onde yang lembut, diubahsuai resepi dengan dicampur tepung beras.

Jom layan gambar gambar di bawah ini...

sedikit air kapur


air daun pandan


Tepung beras pulut


kelapa campur sedikit garam


Kuih Onde Onde Sedap dan Lembut
gula melaka yg dipotong


gula nisse klate


Kuih Onde Onde Sedap dan Lembut
Bulatkan adunan sebesar biji guli


Kuih Onde Onde Sedap dan Lembut
leperkan


Kuih Onde Onde Sedap dan Lembut
apalagi? masukkan la nisse tadi




Kuih Onde Onde Sedap dan Lembut
masukkan dlm air yg mendidih


Kuih Onde Onde Sedap dan Lembut
tengok ... yg timbul tu tandanya dah masak


Kuih Onde Onde Sedap dan Lembut
dah boleh ditos keluar


Kuih Onde Onde Sedap dan Lembut
golek golekkan dalam kelapa parut


Kuih Onde Onde Sedap dan Lembut
siap dihidangkan
  

44 ulasan

isteri aku suruh cari resepi ni hahahaha
makasih,nanti tray masak kuih ni

Assalam...akhirnya dpt jugak cari resepi ore kalte...nanti nk tyr buat onde2..hehheh..selamat berpuasa ya...

Sedapnya...lama dh x mkn..leh la buat nnt

wow teh TWG. kelazzzzz. TQ for the recipe. now i know how to make kuih ni. senang jer rupanya. rasa fedup/tertipu bila beli kat PaRam yg mcm harammm coz tepung lebih gula melaka nye langsung tak rasa. better buat sendiri dari beli.

assalamu'alaikum aunty...kalau kite tak letak kapur langsung boleh tak?

Sis kalo xde air kapur camne? Ade option lain?dok obersea xjmp kapo😑

senang nampak nya resepi nih...

=)

Air kapur tu kapur yg orang makan ngn sireh tu Ker?

as salam...
senang betul nampaknya buat kuih buah melaka ni.
saya pun tak suka kalau gula dalam buah melaka ni tak betul2 cair masa makan tu.

insya allah.. nak try buat berbuka petang ni.

anyway, Tq for sharing

Terima kasih kongsi resepi ni :D

Boleh tak guna teping beras daripada tepung pulut?

Bagi kenyal kenya sikit. Tak letak pun, tak apa

Assalamualaikum kak..sy sentiasa follow resepi akak dan sgt menjadi. Sedappp....tqvm kak..minta halal yer...

Memang senang jekk bt...
Share ye kak

boleh campur dgn tepung gandum

Boleh cuba campur dg tepung gandum. Resepi asal memang hanya menggunakan tepung pulut.

Rasa semacam jer bila mengigit gula Melaka kan.

Saya suka amik resepi awak Azie, best sebab jadi hehehe. Semoga jadi amal jariah buat kamu :*

Minta copy resepi ya cik Azie sdapppp lh pulok tgok onde2

i toray tp tepung jd cair bla d rebus..helpp

Sis guna tepung apa. Cuba tengok step bergambar dlm blog saya.

Saya sentiasa follow azie punya blog..sama feberet..mskan klntan..senang nk ikut dan sedap rasanya..ptg ni mmg nk buat teri mandi dan kuih onde2.

Blh tak sy share resepi sy... 4 sudu tepung pulut 1 sudu tepung beras bahan ln sama dgn kakzie. Onde2 jd lembut dan sedap

Blh tak sy share resepi sy... 4 sudu tepung pulut 1 sudu tepung beras bahan ln sama dgn kakzie. Onde2 jd lembut dan sedap

Sedap sis sya dh try buatdh tq yea resepi...

Terima kasih share. Bulan Ramadhan boleh buat kuih ni

Nak try buat resepi nilah...anak2 nak makan kuih onde2 katanya...tk berkongsi resepi.

Jemput ke blog saya
http://www.mamavitashoppe.wordpress.com

Kalau guna resipi ni dapat brp banyak buah melaka eh?

Hanna

Tq sudi share resepi kuih ni,,suke sngt😍😍👍🏻

tqvm Kak Azie...saya suka resipi akak semua jadi...anak2 suka...xpandai pun boleh jadi :)

Tq share,,dh tray buat menjadi jew..sedap lembut je bile kunyah..

Thanks Azie for the resepi sedap.

Terima kasih krn berkongsi reaepi...semoga Allah membalas budi baik Cik Azie

Guna sudu? Hmm..maaf saya tak faham resipi.

Ya guna sudu. Nak tekan kelapa pakai apa pun boleh. Asal rata. Jadi bila diletak ondeh ondeh, digerak gerak pinggan, kuih akan bersalut kemas.


EmoticonEmoticon