9 Sep 2011

Sandwich Ayam


Sandwich Ayam



Haaa yang ini apa pulak ya? Ooh ini adalah lebihan ayam panggang yang saya beli di Jaya Jusco One Utama hari tu. Beli seekor, jadi ada lebihannya. Jadi sebab dah lama tak makan sandwich, minta tolong my daughter buatkan sandwich untuk berbuka nanti.  

Saya memang penggemar sandwich terutama sardin.  Kalau ada sandwich sudah cukup mengembirakan saya. Lebih lebih lagi, saya sekarang diet, jadi roti wholemeal membantu meningkatkan kadar metabolisme badan saya.


Sandwich Ayam

Ini la sandwich yang disediakan Juita untuk saya. Ayam dicampur dengan mayonese dan menggunakan roti wholemeal diletakkan tomato, cili merah, timum dan salad. Kira OK lah untuk berbuka hari ini. Dapat berjimat sikit... 


Terima kasih, Baby.


EmoticonEmoticon