25 Sep 2011

Rumah Terbuka Aidil Fitri dan House Warming Nur Qaseh

Sebelum berpindah, ramai yang bertanya bila mahu berpindah. Sejak berpindah pada bulan April, ramai yang bertanya bila nak diadakan house warming. Oleh kerana kami hanya mengadakan majlis tahlil kecil kecilan untuk jiran jiran terdekat sahaja sebelum ini, jadi kami masih owe kawan kawan dan jiran jiran dengan majlis House warming. Kesibukan urusan menghantar dan mengambil anak anak yang masih bersekolah di USJ menjadikan kami kesuntukan masa untuk memikirkan majlis, tambahan pula, puasa sudah hampir.

Kini tiada alasan lagi untuk kami menangguhkan majlis ini kerana Nana juga masih bercuti di sini. Hubby memilih 24 September sebagai tarikh rumah terbuka Nur Qaseh. Walaupun rumah kami belum disiapkan sepenuhnya dekorasi, tetapi kami harus realistik bahawa menghias rumah harus dibuat secara beransur ansur. apalagi kami tidak menggunakan khidmat mana mana Interior Designer.

Majlis dibahagikan kepada beberapa peringkat masa antara jiran jiran, alumni, rakan rakan sepejabat saya, rakan sepejabat suami dan kenalan kenalan lain. Ini adalah bagi memudahkan kami melayan tetamu dan mereka juga boleh bersembang sesama mereka sementara kita melayan tetamu lain juga.

Menu yang dipilih oleh suami adalah nasi arab berlauk kambing panggang, kambing kuzi, ayam roasted, sate, roti jala dan char kuew teow, selain kuih muih dan minuman panas dan sejuk. Beberapa buah khemah dipasang bagi mengelakkan masalah cuaca yang tidak menentu, seorang wireman juga on stand by dan security untuk mengawal lalu lintas.

Terima kasih tidak terhingga kepada semua kawan kawan yang telah meluangkan masa untuk menghadiri majlis kami pada hari ini. Kami sangat menyanjungi nya ...

Jom kita layan layan gambar gambar yang diambil sekitar majlis ...jom layannnn



Kambing panggang


Ais cendol


Teh tarik dan teh bunga yang mendapat pujian ramai


Karamel, pencuci mulut


Bingka Labu made by Azie Kitchen



Char Kuew teow special
 

Sate kegemaran ramai


Puding pelangi dari Azie Kitchen


kek buah dari Azie Kitchen


Kuih bakar


Kuih seri muka


Agar agar santan pandan dari Azie Kitchen



Bingka labu dari Azie Kitchen
 


Kuzi Kambing


Sambal belacan utk yang berselera melayu


Ayam panggang


Acar timun


Acar timun dan tomato utk nasi arab


Roti jala


Nasi arab


Buah buahan


Table setting VIP


waiter yang membantu


CEO yang sangat prihatin


Kawan kawan yang memeriahkan majlis


My hubby dan tetamu


sedang melayan tetamu cilik


bersama sahabat baik, Datin Faridah


bersama tetamu dari Prudential Assurance


bersama Khaty dan famili


Datin Liza yang sentiasa glam


bersama Roy dan famili


bersama Datin Rozita dan Syida


seronok dapat berjumpa lagi


Kapten Rahman dan famili


Geng geng ALUMNI Kolej Ketiga UM



EmoticonEmoticon