11 Sep 2011

Kek Karot Nana Ain




Kek Karot Nana Ain Sedap


Kek Karot ini adalah resepi Nana yang dimasak oleh Nana dan Juita untuk majlis jamuan raya yang diadakan khas untuk kawan kawan Nana. 

Resepi ini biasa digunakan Nana untuk membuat kek di Egypt. Ramai tetamu yang merasa kek ini memuji keenakan kek karot Nana. Sangat sedap dan lebih menjimatkan jika dibuat sendiri. 

Jom kita tengok resepi dan gambar gambarnya  ...



Kek Karot Nana Ain Sedap

Kek Karot Nana Ain
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan
1 1/4 cawan minyak jagung
4 biji telur
120 gram gula castor
120 gram gula perang
100 gram walnut
250 gram tepung gandum
1 sudu kecil baking soda
1/4 sudu kecil garam
1/4 sudu kecil serbuk kayu manis
1 1/2 cawan karot parut
1 cawan kismis

Cream Cheese:
120 gram gula
250 gram cream cheese
120 gram unsalted butter
Semua bahan dicampur dengan dipukul hingga kembang.

Cara cara
1.  Pukul telur dengan gula hingga kembang. Masukkan minyak, kacau rata. 
2. Masukkan tepung gandum, baking soda, serbuk kayu manis dan garam.
3.  Masukkan karot, walnut dan kismis.
4.  Tuangkan dalam acuan. Bakar selama 45 minit pada suhu 180C.
5.  Sapukan cream cheese apabila kek telah sejuk. 


Kek Karot Nana Ain Sedap




Kek Karot Nana Ain Sedap


4 ulasan

Nampak sedap...
ada masa nanti sy nak cuba juga

Assalamualaikum. Boleh tak ganti minyak jagung dengan minyak masak biasa... dah nak sgt buat... baru perasan minyak jagung dah abis...

Wslm. Boleh minyak apa apa pun

Sedapnya.....
telur tu boleh guna apa2 size ker?


EmoticonEmoticon