19 Aug 2011

Puding Batek





Puding Batek Azie Kitchen



Resepi ini dikongsi sahabat baik saya, Fauziah dari Sungai Petani yang juga kawan semasa belajar di universiti. 

sedap dimakan terutama selepas disejukkan dalam peti sejuk. cuba la.. pasti anda akan menggemarinya ....



Puding Batek Azie Kitchen

Puding Batek
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
20 - 25 gram agar agar,
4 mug air - 1 mug=350 ml
1 1/2 cawan gula,
1 tin susu cair,
1 sudu besar butter,
2 sudu besar tepung kastard,
2 biji telur,
1/4 cawan serbuk koko.

Cara cara:
Masak agar agar dg air hingga hancur, masukkan gula. Masak hingga gula hancur.

Blend semua bahan lain kecuali serbuk koko. Masuk bahan di blend dalam agar agar dan kacau hingga agak pekat.

Bahagi adunan kpd 2 bahagian. Satu bahagian dicampur dg serbuk koko yang dibancuh dg air suam. Tuang dalam acuan berselang seli hingga habis. Sejukkan


2 ulasan

Assalamualaikum....just nak tanya agar2 tu bertali or serbuk agar2...?

Bertali. Itu sb kena masak sehingga agar agar hancur


EmoticonEmoticon