Apa itu dosa besar yang tersembunyi? Riak kita sombong kita. Ini semua tersembunyi. Selagi ada benda tu, selagi kita akan dihijab oleh Allah. Kita hari ini kita kuat agama, alim, baik soleh dan rasa kita hebat.
Kita sebenarnya tak ada apa apa. Kalau Allah tak bagi kita, siapa lah kita. Kalau Allah tak bagi hidayah pada kita, siapa kita. Kalau Allah tak bagi petunjuk, siapa kita. Kita jadi seperti sampah sahaja.
Tiba tiba kita nak riak dan sombong. Asal kita dari setitik air mani yang hina. Yang keluar dari tempat yang hina. Kemudian jadi seorang bayi yang juga keluar dari tempat hina.
Jadi siapa pun kita, ingatlah kita tidak lebih mulia dari orang lain. Yang lebih mulia di sisi Allah ialah orang yang lebih keimanannya. Lebih takwa nya. Ok setakat ini dahulu, semoga bermanafaat.
Saya menyediakan cekodok pisang sebagai hidangan petang. Sebagai anak kampung, saya memang suka kuih muih macam ni jer. Tak suka kuih muih moden atau western. Dapat cekodok ke, pengat pisang ke. Baru kena dengan selera.
Banyak cara menyediakan cekodok ni. Kalau saya masih di kampung dulu, guna sepenuhnya tepung gandum. Kemudian cuba pulak campuran tepung gandum dan tepung beras. Baru tahu orang belah utara guna tepung beras semata untuk cekodok yang rangup.
Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Selamat mencuba….
Cekodok Pisang Lemak Manis
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
2 cawan pisang lemak manis lenyek - 460 gram
1 gram tepung beras
¼ cawan tepung gandum
Sedikit garam
Cara cara:
Lenyek pisang tapi jangan terlalu hancur supaya ada tekstur pisang. Tuang tepung beras dan garam. Kacau rata. Sedia untuk digoreng.
Panaskan minyak yang banyak supaya cekodok tenggelam ketika digoreng. Jemput dengan tangan yang telah dibasahkan dengan air atau menggunakan sudu.
Kacau kacau. cekodok dengan menggunakan belakang senduk. Setelah keperangan, boleh angkat dan tos. Nota: saya suka yang garing garing.




Ulasan
Catat Ulasan