Resipi · Tip Dapur · Citarasa Nusantara

Azie Kitchen

Malaysia Food Blogger

 ◆ ◆ ◆ 

Sup Sayuran Dan Bebola Ikan Dan Follower Setia Azie Kitchen

Azie 31/10/2026 Catat Ulasan

 


Sekali lagi, saya ingin merakam penghargaan dan jutaan terima kasih kepada follower saya yang masih setia singgah di blog saya setiap hari. Walaupun blog ini dah kategori old school, tapi saya masih setia dengan blog. Ramai tidak menjadi follower saya kerana mereka bila search resipi saya, mereka akan taip sekali nama "Azie Kitchen", contoh mereka nak cari resipi udang, akan taip sambal udang Azie Kitchen. 

Itu sebab mereka tak kenal saya bila berjumpa di mana mana walaupun di dalam blog banyak ada gambar saya ketika bercuti dan juga aktiviti bersama keluarga. Ramai akan kata "ooh ini ke Kak Azie Kitchen, saya memang dah lama follow kak Azie dari zaman blog lagi". Tapi mereka tak pernah melihat wajah saya. Saya tidak hanya kongsi resipi dan masakan tapi juga percutian dan keluarga. 

Tapi siapa pun anda, saya sangat menghargainya. Bayangkan dengan pelbagai media social platfrom yang berkongsikan resipi, video dsb, masih ramai setia dengan blog saya. Saya juga menpunyai video di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI, tapi saya masih prefer untuk menulis resipi secara lengkap di blog.  

Ada yang tulis mesej pada saya, sekarang dah tak kongsi resipi lagi ke? Mereka bertanya kerana mereka mungkin follow saya di Instagram dan Facebook sahaja di mana saya tidak sentiasa update resipi di sana. Di blog saya update setiap hari atau 3 sehingga 4 kali dalam seminggu. Kalau sesiapa yang klik butang follow di blog saya, pasti akan mendapat notifikasi setiap kali blog di update. OK sekarang kita masuk pula bab masakan.



Saya suka makan sup sayur campur kerana rasanya yang sangat refreshing. Kali ini saya menggunakan fish ball sebagai sumber protein. Kalau ikutkan, nak lagi sedap boleh guna daging. Kuahnya akan lebih sedap dan rasa manis air rebusan daging. Tapi jangan guna daging berlemak kerana kita mahukan kuah yang clear yang boleh dihirup gitu. 

Lagi satu sup sayuran ini juga sangat berkhasiat, lagi lagi untuk saya yang sedang mengawal berat badan dengan mengamalkan intermittent fasting. 

Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Selamat mencuba…


Sup Sayuran Dengan Bebola Ikan
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
Cendawan tiram
Karot
Jagung muda
Satur bok choi
Cili merah
Fish ball - belah 2
Garam
Serbuk lada putih
Minyak masak

Bahan hiris:
3 biji bawang merah
4 ulas bawang putih

Cara cara:
Panaskan minyak dan tumis bawang bawang sehingga keperangan. Masukkan fish cake dan kacau rata. 

Masukkan air secukupnya dan masak sehingga mendidih. 

Setelah mendidih, masukkan karot dan jagung. Setelah karot hampir lembut, masukkan sayuran lain. 

Masukkan garam dan serbuk lada putih. Sedia untuk dinikmati. 




Sudah cuba resipi ini?
 

Ulasan