Resipi · Tip Dapur · Citarasa Nusantara

Azie Kitchen

Malaysia Food Blogger

 ◆ ◆ ◆ 

Nasi Goreng Cili Kering Dan Bab Sumber Pendapatan Halal

Azie 15/10/2026 Catat Ulasan


Hidup di zaman sekarang sangat keras, bak istilah orang zaman sekarang. Bagi orang kebanyakan yang hidup makan gaji, hidup sangat susah. Kos sara hidup meningkat dengan kenaikan harga barang makanan, kenaikan kadar bil elektrik, minyak dan macam macam lagi. 

Tapi tidak semuanya susah, ada yang senang dengan kata lain 7 keturunan pun tak habis makan. Mereka ialah orang business yang menpunyai kable orang politik atau orang berpengaruh. Kalau sekadar buat business masuk tender terbuka, boleh tentu boleh dapat tanpa kabel. Istilah kabel bunyi nya seperti biasa seolah dibolehkan. 

Secara jujur, orang politik hampir tiada yang susah, semuanya kaya kaya. Bukan orang politik bawah bawah sekadar ahli tapi yang memegang jawatan. Itu sebabnya dah tua pun, masih nak memegang jawatan, masih nak berkuasa. 

Tapi kita tidak perlu merasa iri pun kerana semua harta di dunia pasti akan ditinggalkan. Ya betul, orang miskin juga akan meninggal. Tapi di akhirat, akan ditanya bagaimana seseorang mendapat hartanya, juga bagaimana harta tersebut dibelanjakan. 

Pastikan sumber pendapatan yang kita perolehi adalah bersih dan halal. Teringat kata pelawak Jep Sepahtu yang menyebut, dia rela mengotorkan tangannya bagi memastikan sumber pendapatan yang diperolehinya bersih dan halal. Bukan membersihkan wang untuk ianya nampak bersih. Cantik penulisannya. Sangat mendalam maksudnya untuk siapa yang mahu memahami. OK kita masuk pula bab masakan. 




Setiap pagi saya menghadapi masalah memikirkan bab sarapan. Lagi lagi saya sekarang mengamalkan intermittent fasting di mana sarapan saya adalah juga makan tengahari. 

Bila buntu, mesti saya akan memasak nasi goreng. Haa kenapa gitu? Sebabnya ialah nasi goreng adalah menu sangat mudah disediakan, menggunakan bahan simple dan yang penting tetap sedap dan kena dengan selera saya. 

Tak perlu lauk pauk lain pun dah cukup sedap. Kalau suka, boleh juga makan dengan telur mata atau ayam goreng atau ikan rebus goreng atau apa apa lauk bergoreng. Asal jangan lauk berkuah. Lauk berkuah akan mengubah rasa nasi goreng. 

Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Selamat mencuba….



Nasi Goreng Cili Kering
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
1 mangkuk nasi putih - sejuk
2 biji telur
Garam
Minyak masak

Bahan tumbuk:
1 genggam bawang putih
1 jemput cili kering - dah direbus
1 genggam ikan bilis

Cara cara:
Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk sehingga garing. 



Masukkan sedikit garam dan kacau rata. Ketepikan bahan tumis dan tuang telur dan kacau rata. 


Masukkan nasi putih dan kacau rata. Tambahkan garam secukupnya. 


Sedia untuk dinikmati. Selamat mencuba…. 

Nota;
Kalau ada ikan goreng lebihan semalam pun sedap. Ambil isi ikan goreng dan masukkan dalam bahan tumis dan goreng seketika, sebelum dimasukkan nasi. 



Sudah cuba resipi ini?
 

Ulasan