Resipi · Tip Dapur · Citarasa Nusantara

Azie Kitchen

Malaysia Food Blogger

 ◆ ◆ ◆ 

Sambal Berlado Ikan Tenggiri Dan Bab Pentaksub

Azie 10/08/2026 2 ulasan


Setiap kali saya membuat posting bab perlunya seorang perempuan mencari pasangan yang kuat mentalnya. Pasti akan ada yang terasa seperti makan cili pula. Sedangkan statement ini ialah nasihat general yang terpakai untuk semua orang. 

Ini adalah kerana sifat seorang suami ialah memimpin dan melindungi. Seorang perempuan tidak perlu mencari yang kaya, handsome tapi seorang yang kuat untuk menjadi dahan tempat bergantung yang akan ke depan, di saat kita menghadapi masalah. Bukan bergantung di dahan yang rapuh. 

Pagi tadi saya terbaca posting berkenaan kemalangan yang melibatkan pasangan yang menaiki motosikal yang menyebabkan kaki yang perempuan cedera parah dan yang tinggal hanya ibu jari kaki kerana terkena besi penghadang jalan. Saya yang terlihat video menjadi sangat terkesan. 

Tapi yang mengagumkan saya, mungkin boyfriend dia yang berada di situ, saya tak berani nak melihat dengan jelas samada sedang memberi kata semangat sambil menyabarkan beliau. Ini menunjukkan betapa kuatnya mental budak lelaki ini yang pastinya tidak ada pada semua perempuan. Saya melihat darah pun dah terjerit jerit panik. Itulah bezanya kekuatan mental seorang lelaki dan seorang wanita.

Sungguh tak faham, bila ada yang menanya kalau posting saya untuk nasihat secara general atau ditujukan kepada seseorang. It goes witjout saying. Semua perkara baik, adalah dikira sebagai nasihat. Saya ni dah berbelas tahun menulis mungkin saat orang yang komen tu pun belum ada akaun medsos lagi. Selain nasihat kekeluargaan, kemasyarakatan juga saya memberi nasihat dalam bentuk perkongsian bab agama dari kuliah yang saya hadiri. 

Susah zaman sekarang bila ramai menjadi pentaksub. Saya tidak pernah meminati artis lelaki apa lagi mentaksubinya. Artis wanita pun, saya tidak ada yang saya ikuti apa lagi mentaksubinya. Kalau ada pun masa saya berumur 13 tahun saat saya meminati Uji Rashid. Itu pun zaman dahulu. Kalau saya ikut seseorang artis, kerana saya suka fesyen pakaiannya atau suka kejayaannya. Itu sahaja. Tapi rasanya tak ada buat masa ini. Kalau suka lagu yang dinyanyikan artis lelaki, hanya suka lagunya, suaranya tapi bukan penyanyinya. Antaranya Alleycat, Iklim, Dato Jamal Abdillah dan Cakra Khan. 

Kalau nak taksub, taksub lah bab negara, bab agama, bab bangsa dan kedaulatan dsb. Isu pendatang haram dan Rohingya, tak ada pula yang nak taksub dan melenting. Isu artis pula yang ditaksubkan. Saya ni banyak lagi urusan diri, anak cucu yang nak difikirkan, tak ada masa nak fikir bab orang yang tidak ada kena mengena dalam kehidupan kita. Kita kalau nak ikut atau minat, pilih orang lebih baik dan lebih berjaya dari kita sendiri. Baru layak jadi idola. 

Fikir fikirkan lah. Fakta tetap fakta. Nasihat semuanya baik. Jangan cari yang lemah mentalnya. Sama jer dengan nasihat jangan cari yang tak kuat agamanya, atau jangan cari kaki perempuan. Cuma di zaman serba keras dan mencabar ini, ketahanan mental lah yang sangat diperlukan. OK kita masuk pula bab masakan. 


Saya semasa tinggal di London, lauk ikan lah yang paling saya rindui. Beruntung negara kita menpunyai pelbagai jenis ikan dan makanan laut yang segar. Berbeza dengan London yang ikan ikan yang ada sangat terhad seperti ikan salmon, mackrel, cod, Haddock dan lain lain ikan yang diimport. Ikan ikan ni kalau makan sesekali, OK lah. Tapi kalau setiap minggu, memang tak lalu sebab sangat berlemak. 

Antara ikan yang yang saya ingin makan ialah ikan tenggiri dan ikan pari. Saya beli 6 keping ikan tenggiri. Sebelum ini saya masak lemak dengan petai yang sangat sedap dan unik rasanya. Hari ini saya memasak sambal berlado kerana saya suka lauk ikan yang kita masih boleh nikmati kesedapan isi ikannya. Insya Allah lepas ni nak cari ikan pari untuk dimasak asam pedas pulak. 

Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Selamat mencuba…



Sambal Berlado Ikan Tenggiri
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
3 keping ikan tenggiri
1 sudu kecil garam atau secukupnya
1 sudu besar gula
1 keping asam keping
1 biji bawang besar - hiris

Bahan kisar kasar:
5-6 biji cili merah
Segenggam cili padi hijau
1 biji bawang besar - saiz sederhana
2 ulas bawang putih

Cara cara;
Lumur ikan dengan garam dan serbuk kunyit dan goreng sehingga masak. Angkat dan ketepikan. 

Menggunakan minyak yang sama, tumis bahan kisar sehingga terbit minyak. Masukkan sedikit air. 



Masukkan garam, gula dan asam keping. Kacau rata. Masukkan bawang besar hiris dan kacau sehingga layu. 



Akhir sekali, masukkan ikan dan kacau rata. Sedia untuk dihidangkan. 






Sudah cuba resipi ini?
 

Ulasan

  1. Terliur tengok sambal berlado ikan tenggiri ni! Memang betul, tiada yang dapat tandingi kesegaran ikan tempatan kita.

    BalasPadam

Catat Ulasan