Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Kenangan Indah di Richmond Park



Balik dari Devon pada 6 April yang lalu, kami terus pergi ke Richmond Park. Ya lah sementara ada kereta kan. Boleh klik entri sebelum ini di SINI. Richmond Park sangat besar dan memang tak larat berjalan. Kena naik basikal kalau tak ada kereta untuk ke Isabella Garden atau dikenali juga sebagai Isabella Plantation.

Sepanjang perjalanan menuju ke tempat parking ke Isabella Plantation ternampak 3 ekor Farlow Deer dan sekumpulan Red Deer yang kelihatan berbulu dan bertanduk. Farlow deer berwarna putih dengan berbintik bintik badannya. Nampak lebih liar. Tak sempat ambil gambar kerana berlari sangat pantas. Sempat rakam video sahaja. Saya screen shot gambar di bawah dari video. Seronok melihat haiwan dalam kehidupan semulajadi mereka. Maksudnya dalam keadaan mereka berlari lari. Sangat pantas dengan lompatan yang tinggi. 


Red deer pula lebih jinak. Relax jer mereka makan rumput tanpa menghiraukan orang sekeliling yang melihat mereka. Bila melihat keadaan ini, terasa seperti mereka di dalam kandang peliharaan pula. 




Selepas parking, kami kemudian berjalan masuk ke Isabella Plantation. Agak jauh juga tapi sebab cuaca cantik, tidak terasa pun jauhnya. Ketika kami ke sana bunga bunga belum berkembang sepenuhnya. Tapi tetap cantik lah kerana bunga yang berwarna terang seperti merah, pink dsb. 





Tapi bunga kecil kecil yang beraneka warna menjadikan Isabella Garden seperti taman yang puteri raja berlari lari dan bermain di dalam filem filem Melayu zaman zaman dulu. 




Saya memang sangat teruja melihat bunga bunga yang cantik. Pastinya tak melepaskan peluang bergambar dengan berlatarbelakangkan bunga bunga ini. 






Masa berjalan keluar, ternampak sepokok seperti pokok cherry blossom yang kecil sahaja. Tak pasti kalau ianya bunga Cherry blossom. Tapi rasanya ya dah. Ada sesiapa yang boleh sahkan? Bolehlah tinggalkan komen ya. 




Insya Allah kalau datang lagi, pasti saya akan cari pokok ini yang mungkin dah besar ketika itu. Insya Allah. 






Sebaik keluar dari Isabella plantation, kita akan melalui Richmond Park yang sangat besar. Masih spring, pokok pokok belum keluar daun. Saya perhatikan ketika ini bunga bunga akan keluar dahulu dari daun. Itu sebab pokok cherry blossom akan berbunga cantik tanpa daun. Hanya berwarna merah jambu. 





Pengalaman saya berada selama genap pusingan 4 musim di UK sangat menjadikan saya teruja. Saya melihatnya sebagai kehebatan ciptaan Allah. Bila musim bunga, bukan sahaja pokok bunga yang akan berbunga, rumput rumput pun mengeluarkan bunga. Pokok pokok kecil pun berbunga macam pokok di bawah. Cantik sangat warna ungunya. 


Setakat ini dahulu dan secara jujur saya agak sedih juga kerana tidak dapat ke sini lagi saat bunga berkembang sepenuhnya. Ia berkembang penuh rasanya pada awal bulan May. Maklum bukan dekat dengan London. 

Kalau saya pergi dengan public transport, agak susah juga untuk masuk ke Isabell plantation ni. Tapi tak mengapa lah, sekurangnya saya tahu lah macam mana garden ini. Mana lah tahu kalau ada rezeki, pasti saya akan ke sini lagi. Insya Allah. 




Catat Ulasan for "Kenangan Indah di Richmond Park"