Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Bubur Pulut Hitam Menggunakan Periuk Noxxa

Bubur Pulut Hitam Menggunakan Periuk Noxxa

Saya beli beras pulut hitam di Padang Besar semasa mengikuti program JJCM Utara bersama geng Alumni Kolej Ketiga Universiti Malaya baru baru ini. Kami singgah di tempat makan menarik di Perak, Kedah, Perlis dan Pulau Pinang. Kami bermalam di Kuala Perlis dan di Batu Feringgi Pulau Pinang. Sebelum meninggalkan Perlis, kami singgah di Padang Besar.

Oleh kerana saya selsema dan tidak sihat, saya hanya singgah di kedai paling tepi. Lepas beli terus pergi ke kedai untuk minum sementara menunggu kawan kawan selesai shopping. Saya tak menawar pun terus bayar RM12 sekilo. Kawan kawan lain yang menawar dapat harga RM8 sekilo. 

Bubur Pulut Hitam Menggunakan Periuk Noxxa

Saya menggunakan gula apong untuk dimasukkan ke dalam bubur. Ramai memberitahu gula apong sangat sedap. Itu yang saya ingin mencuba masakan yang boleh menggunakan gula apong. Gula apong ini saya beli semasa ke Kuching atas urusan tugas. 

Gula apong

Serious sangat sedap bubur pulut hitam ini. Beras pulutnya lembut dan tak pecah. Rasanya juga ala ala manis manis manja. Cukup terasa lemaknya juga kerana saya menggunakan santan segar. Memasak menggunakan periuk tekanan Noxxa ini menjadikan urusan di dapur, sangat pantas.

Jom layan resepi dan penyediaannya di bawah ini. Juga youtube Azie Kitchen channel di SINI. Selamat mencuba...


Bubur Pulut Hitam Menggunakan Periuk Noxxa

Bubur Pulut Hitam

Bahan bahan:
500 gram beras pulut hitam
5 sudu besar gula
3 sudu besar gula apong
1 helai daun pandan
2 sudu kecil garam
1/2 kg santan segar
500 ml air atau secukupnya

Cara cara:
Beras pulut hitam dibasuh dan ditos. Masukkan air dan rebus sehingga beras pulut hitam kembang. Jika menggunakan periuk tekanan, masukkan air dan masukkan dalam inner pot periuk tekanan. Menggunakan setting multi grain 10 minit. Halakan tombol pada pressure. 

Bubur Pulut Hitam Menggunakan Periuk Noxxa

Setelah siap, keluarkan wap dan tukar setting pada stir fry. Kacau sehingga agak agak beras pulut hitam sedikit kembang. 

Bubur Pulut Hitam Menggunakan Periuk Noxxa

Masukkan gula pasir, gula apong dan garam secukupnya. 

Masukkan santan dan air secukupnya kerana apabila sejuk, kuah bubur akan jadi lebih kering. Sesuaikan rasa dan boleh lah ditutup api. 

Bubur Pulut Hitam Menggunakan Periuk Noxxa

Bubur Pulut Hitam Menggunakan Periuk Noxxa


Catat Ulasan for "Bubur Pulut Hitam Menggunakan Periuk Noxxa"