Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Raikan Hari Jadi di London Hari:14 Part 1


Pagi hari ke 14 di London, Juita dan Nelly telah berjalan kaki ke Oxford Street. Manakala kami berdua pula hanya keluar selepas bersarapan dengan nasi arab yang dibawa balik dari Manchester. Lepak lepak di bilik dulu setelah penat dengan perjalanan ke Manchester sehari sebelumnya. 

Kemudian keluar beli cabin bag di kedai Mindel yang biasa kami kunjungi kalau mencari bag. Balik ke apartment, Nelly dengan Juita telah ada di bilik bersedia untuk check out. Check out apartment pukul 10.00 pagi. Sebelum pukul 10.00 cleaner dan berdiri menunggu depan bilik untuk membersihkan. Pendek kata tak ada peluang untuk check out lambat lambat. 



Oleh kerana kami telah membayar parking sehingga pukul 12.30 tengahari, kami berjalan kaki sahaja ke Oxford Street. Lagi pulak, susah untuk drive kerana jalan masih banyak yang ditutup dengan protest Climate Change. 

Apartment kami pun memang sangat dekat dengan Oxford Street. Berjalan lebih santai. Saya pakai kemeja biasa jer. Tak perlu pakai baju tebal. Kami berjalan masuk ke Selfridges. Ketika itu, orang belum ramai. Kami tak perlu beratur pun untuk masuk ke butik LV. 


Jalan Oxford masih lengang kerana orang belum ramai. Ketika hendak keluar dari Selfridges, terserempak dengan sahabat kami yang kami panggil sebagai YB Khairi di depan pintu lift dari tempat pejabat tax refund. 


Selepas selesai urusan di Selfridges, kami kemudian berjalan ke Burger & Lobster untuk makan tengahari sempena hari jadi saya. Kami semua memesan lobster roll yang sangat sedap. Saya tidak habis habis berdoa agar tidak allergy kerana selepas makan telah terasa bibir seperti kebas dan gatal. Alhamdulillah, tidak ada allergi.




Selepas makan, kami berjalan jalan di kedai kedai sepanjang jalan di Oxford Street sambil mencari souvineer yang sesuai untuk anak anak menantu yang tidak ikut. Tapi yang ikut juga turut dapat hadiah parfum dari saya. Anak anak telah menghadiahkan parfum sebagai hadiah harijadi saya. 


Sangat terasa cuaca yang panas di London sehingga berpeluh. Orang ramai juga mulai sibuk dan memenuhi jalan jalan di Oxford Street. Kami kemudian berjalan balik ke kereta yang di park depan apartment. Kalau tak ada kereta, kenalah tinggalkan bag di mana mana. Nantikan sambungannya di catatan akhir percutian kami kali ini. 


Catat Ulasan for "Raikan Hari Jadi di London Hari:14 Part 1"