Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Sambal Sotong Kembang

Sambal Sotong Kembang

Kuliah Subuh Surau Ad Dhuha oleh Al Fadhil Ustaz Zhafri Amali bin Amaladdin di mana dimulakan dengan peringatan agar kita sentiasa berbaik sangka pada Allah. Jangan cepat melatah bila Allah tak bagi sesuatu yang kita nak. Itu lah adat nya manusia yang Allah sebutz, ada pun manusia saat Allah bagi kemuliaan dan nikmat melimpah ruah, akan memuji. Bila Allah uji dan sekat rezeki atau beri ujian dan musibah, dikatanya Allah telah hina aku. 

Macam mana kita boleh sebut begitu pada Allah. Sedangkan apa yang Allah bagi adalah yang terbaik. Boleh jadi apa yang kita minta adalah sesuatu yang buruk pada kita. Allah bagi bukan apa yang kita minta tapi apa yang terbaik atau sesuai untuk kita. Sepatutnya saat diuji, semakin tinggi kebergantungan pada Allah. Apa yang kita minta Allah bagi, kena bersyukur. Tapi jika tidak bagi kena bersangka baik dengan Allah. 

Kata jibril pada Allah supaya jangan tergesa gesa untuk makbul permintaan manusia tapi Allah nak dengar rintihan hambanya. Minta pada Allah bukan pada manusia. Allah tak akan bosan melainkan kita sendiri yang akan merasa bosan. Allah tangguhkan permohonan kita kerana Allah suka mendengar rintihan dan permohonan hambaNya. OK sekarang kita sentuh sedikit bab resepi.

Saya sebenarnya tidak berapa gemar sangat makan sotong kembang kerana rasanya yang tawar dan hampir tiada rasa. Biasanya saya makan sebagai lauk nasi lemak jika tiada pilihan lauk yang lain

Sambal Sotong Kembang

Tapi saya tetap suka mencuba menyediakan lauk menggunakan sotong kembang. Biasanya ia akan dimasak sambal tumis. Ada pelbagai cara orang memasak sotong kembang. 

Ada yang merebus sotong terlebih dahulu, ada yang dileburkan kesemua sekali dalam kuali bersama bahan tumis dan ada yang memasak seperti biasa. Jadi pilihan saya ialah memasak seperti biasa di mana sambal ditumis garing sebelum dimasukkan sotong. 

Sambal Sotong Kembang

Saya menyediakan sambal sotong kembang ini untuk dimakan dengan lontong di hari raya nanti. Saya sediakan awal awal dan simpan dalam freezer. Ketika hampir dengan raya, saya tidak mahu terlalu sibuk di dapur sehingga keletihan untuk beribadah terutama di malam raya.

Jom layan resepi yang saya gunakan di bawah ini dan juga jangan lupa video penyediaannya di Azie Kitchen youtube channel di SINI. Selamat mencuba...


Sambal Sotong Kembang

Sambal Sotong Kembang

Bahan bahan:
1 kg sotong kembang 
1 keping asam keping
1/2 biji gula Melaka - saiz kecil
1 sudu besar gula atau secukup rasa
1 sudu besar garam atau secukup rasa

Bahan kisar:
3 biji bawang besar
6 ulas bawang putih
4-5 sudu besar cili kering kisar 
Belacan - saya tak letak

Cara cara:
Panaskan minyak yang banyak dan tumis bahan kisar dan cili kering kisar sehingga garing dan pecah minyak. Boleh tutup kuali jika tak mahu merecik. 

Sambal Sotong Kembang

Sambal Sotong Kembang

Masukkan sedikit gula supaya berkaramel. Kacau seketika. Kemudian, masukkan pula gula Melaka. 

Masukkan sotong dan kacau rata dengan api perlahan sehingga sotong lembut dengan air sotong yang akan keluar. 

Sambal Sotong Kembang

Sambal Sotong Kembang

Sambal Sotong Kembang

Masak lagi sehingga air sotong kering dan sambal terbit minyak. 

Sambal Sotong Kembang

Sambal Sotong Kembang

Akhir sekali, masukkan asam keping dan garam secukup rasa. Bolehlah ditutup api dan ceduk minyak yang berlebihan.  

Nota:
Jika suka boleh masukkan kacang tanah yang digoreng tanpa minyak di tumbuk ke dalam sambal. 



4 ulasan for "Sambal Sotong Kembang"

  1. Menarik jugak idea frozenkan sambal sotong ni, kak azie

    BalasPadam
  2. Saya minta resepi ye..suka cara kak Azie masak simple tapi nampak menarik😍

    BalasPadam
  3. Terima Kasih atas segala ilmu masakn yg Azie kongsi...saya suka respi Azie...semua sdp mcm masakn yg emak sya ajar...

    BalasPadam
  4. Maaf tanya, sotong tu tak perlu rebus ke..?

    BalasPadam