Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Nasi Goreng Ikan Goreng Yang Sangat Sedap

Nasi Goreng Ikan Goreng

Hari ini saya ingin kongsikan resepi mudah, resepi kampung jer iaitu Nasi Goreng Ikan Goreng. Tapi sebelum tu, meh kita borak borak dulu. Kali ini adalah catatan dan rumusan peribadi saya berdasarkan majlis majlis yang saya hadiri. Malam tadi adalah malam ke25 Ramadhan, malam ganjil di 10 malam terakhir yang disebut Nabi Muhammad SAW sebagai malam malam berlakunya Lailatul Qadr.  

Sesiapa yang melakukan amalan dan kebaikan bermula dari masuk waktu Maghrib sehingga terbit fajar, akan mendapat pahala ibadah selama 1000 bulan. Jadi jika selama ini, kita ada melakukan solat terawih, solat witir di surau atau masjid, Insya Allah kita akan beroleh ganjaran tersebut. Keistimewaan ini hanya diberi kepada umat Nabi Muhammad SAW yang hayat dan jangka usia pendek pendek berbanding umat terdahulu. 

Selain dari itu, kita kena juga memburu detik dan saat para Malaikat menyalami mereka yang sedang beribadah. Inilah yang dikatakan memburu Lailatul Qadr di mana doa akan diperkenankan. Nabi Muhammad SAW mengajar isteri baginda Saiditina Aishah untuk membaca doa "Allahumma Innaka Affuwun Tuhibbul Afwa Faqfuanna" jika dirasa kita telah bertemu dengan detik tersebut. Hanya mereka yang mengalaminya sahaja akan tahu jika mereka sedang berada pada detik itu. 

Terima kasih pada Kak Ana, bekas boss dan rakan karib yang sentiasa membimbing saya dan memberi motivasi untuk saya dalam menghabiskan sisa usia. Bak kata Ustazah Norhafizah ketika memberi tazkirah di Auditorium BNM, "syurga itu luas. Jangan masuk syurga sorang sorang. Doakan agar semua orang lain juga dapat masuk syurga". Lagi pulak, bila kita berkongsi atau mengajar sesuatu, ianya akan menjadi perkongsian ilmu yang bermanfaat yang pahalanya mengalir hatta selepas kita mati.  

Sebetulnya saya sangat sedih kerana Ramadhan akan berakhir tidak lama lagi. Dan juga kerana inilah Ramadhan terakhir saya ketika dalam perkhidmatan. Saya pasti merindui saat berjalan ke surau untuk ke majlis ilmu. Bila tidak lagi bekerja, saya perlu mungkin memandu berjam dengan kesesakan lalu lintas atau kesukaran mencari parking untuk ke majlis ilmu yang diadakan di masjid. 

Sedang di sini, setiap hari ada majlis ilmu di waktu makan tengahari. Namun begitu, tidak ramai staff yang hadir majlis ilmu. Ada yang semakin tinggi jawatan semakin menjauhi majlis seperti ini. Itu adalah pemerhatian ikhlas saya. Mungkin solat juga bersendirian di bilik pejabat sendiri. Sesungguhnya bila kita mati, semua pangkat dan harta tidak dibawa. Hahaha jangan ada yang terasa dan marah pula sebab kebenaran adalah sesuatu yang pahit... OK setakat ini dahulu, coretan dari hati saya buat anda semua.

Nasi Goreng Ikan Goreng

Biasalah dah akhir akhir Ramadhan ni, dah tak ada selera dan tak tahu nak makan atau nak masak apa untuk berbuka mahu pun bersahur.  Semasa bersembang dengan Syed, rakan sekerja, beliau bercerita yang beliau memasak untuk hidangan berbuka dan bersahur. Jadi saya minta beliau kongsikan apa yang biasa dimasak.

Haa dari situ lah dapat idea untuk menyediakan nasi goreng ikan goreng ini. Ikan goreng yang sedap digunakan dalam nasi goreng ini adalah ikan goreng yang telah digoreng beberapa jam sebelumnya. Digoreng petang jika untuk dimasak waktu sahur. Tapi kerana saya menyediakan nasi goreng ini untuk berbuka, jadi lepas goreng, terus disiak siakkan isinya dan campak terus ke dalam nasi goreng.

Serious bahaya makan masakan seperti ini. Apa tidaknya, dari makan satu senduk, akhir akhirnya menambah nambah sampai 4 kali. Lagi pula, saya memang peminat nasi goreng dan saya boleh makan nasi goreng bila bila masa jer sebagai sarapan, makan tengahari atau malam.  Begitu versatilenya nasi goreng di tekak saya. Saya simpan sikit untuk sahur, pun saya makan menambah nambah waktu sahur. Itu yang saya kata bahaya sebab tak tahu nak berhenti.   

Jom layan resepi yang saya gunakan semalam. Saya tak makan belacan kerana tidak mahu tergaru garu dengan allergy. Jadi digantikan dengan kiub ikan bilis. Jika dapat guna belacan yang dibakar seketika, memang lagi win. Selamat mencuba... 

Nasi Goreng Ikan Goreng

Nasi Goreng Ikan Goreng

Bahan bahan:
1 mangkuk nasi putih
2 ekor ikan kembung goreng
Kacang panjang
Garam

Bahan tumbuk:
4 biji bawang merah
4-5 tangkai cili padi - ikus pedas disukai
Belacan bakar - saya ganti kiub ikan bilis

Cara cara:
Ikan dilumur garam kunyit dan goreng. Carik carikkan isi ikan. 

Nasi Goreng Ikan Goreng

Panaskan minyak dan masukkan kiub pati ikan  bilis dan kacau rata. Masukkan bahan tumbuk kasar dan tumis sehingga naik bau. 

Nasi Goreng Ikan Goreng

Nasi Goreng Ikan Goreng

Masukkan kacang panjang dan nasi putih. Kacau rata. 

Masukkan isi ikan dan garam secukup rasa. Siap. Boleh dihidangkan dengan cili potong. 

Nasi Goreng Ikan Goreng



5 ulasan for "Nasi Goreng Ikan Goreng Yang Sangat Sedap"

  1. Sedap juga ni. Lama pulak tak buat macam ni. Terima kasih bagi idea ni kak azie.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu sis. suami saya pakar nasi goreng ni. anak dan menantu laju makan waktu sahur bila balik cuti Wesak dan Nuzul quran hari tu. Suka betul suami saya tengok nasi goreng dia laku habis.Inipun boleh dikira sebagai menu darurat.haha

      Padam
  2. Saya & suami memang suka goreng nasi letak ikan goreng, dah terbiasa dari kecik sebab mak selalu letak kalau ada ikan goreng yg semalaman tak habis..biasa org Kelantan yang tahu resepi ni.

    BalasPadam
  3. memang sedap nasi goreng cenggini...tambah2 kalau lauknya ikan goreng..mmemang xsedar abis sepinggan

    BalasPadam
  4. Nice. Arwah mak dulu suka buat.

    BalasPadam