Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Kue Teow Goreng Simple

Kue Teow Goreng

Hari ini Tazkirah Zohor oleh Ustaz Najhan Shahir Halim berkenaan zakat fitrah. Meletak harta dengan Allah adalah satu pengorbanan yang tinggi. Fitrah manusia yang menyayangi harta untuk semua peringkat usia. Kanak kanak pun sayangkan barang dia. Orang miskin pun sayangkan harta juga walaupun murah. Apa lagi harta dari barang berharha yang mahal. 

Harta adalah sesuatu yang sangat disayangi okeh jiwa manusia. Bila manusia mengeluarkan sesuatu yang disayangi, maka itu adalahlah sukar. Allah sebut membersihkan harta mereka yang berkemungkinan ada harta yang campuran yang tidak baik. Dalam kerja kita mungkin ada kelalaian kita dalam bekerja. Tujuan membersih adalah supaya yang masuk dan menjadi darah daging kita adalah yang bersih. 

Nabi sebut dalam hadis seorang memakai baju kusut masai kerana bermusafir, sedangkan makanan, minuman, pakaian nya bercampur dengan haram, bagaimana Allah hendak makbulkan doa dia. Hadis ini menggambarkan harta perlu dibersihkan bukan betul dalam ibadah sahaja. Satu cara untuk membersihkan ialah dengan infaq harta. Allah tak akan sia sia dan Allah akan ganti atas balas dengan berbagai bentuk. 

Zakat fitrah bernaung di bawah kategori sedekah. Sedekah ada 2 jenis iaitu sedekah wajib dan sedekah sunat. Zakat fitrah dan zakat pendapatan adalah sedekah wajib. Sedekah sunat ialah sedekah, derma, infaq, wakaf atau hadiah dsb. 

Zakat fitrah adalah zakat nyawa iaitu batang tubuh manusia pada mereka yang ada lebihan makanan pada hari raya. Lebihan itu bermakna ada lebihan harta manusia. Selagi orang ada lebihan harga dan cukup haul. 

Tempoh wajib ialah mulai matahari terbenam pada hari terakhir puasa hingga terbit matahari pada hari raya. Selain menpunyai lebihan harta, juga bagi orang yang nenanggung sesiapa wajib membayar bagi semua orang di bawah tanggungan. 

Mana mana bayi lahir sebelum terbenam matahari akhir Ramadhan dan kekal hidup selepas malam raya maka wajib bayar pada ayahnya bayar zakat fitrah. Itu dikira hidup dalam tempoh wajib. Siapa meninggal selepas terbenam matahari hari terakhir puasa, wajib bayar. Jika meninggal sebelum Maghrib hari akhir Ramadhan, tak jadi zakat yang wajib. Terbenam matahari hari akhir Ramadhan dan terbit matahari 1 Syawal. Tempoh sunat adalah sepanjang bulan Ramadhan. Tempoh afdhal ialah bayar zakat fitrah sebelum solat hari raya. Kerana orang miskin terima duit dalam hari raya. Orang miskin sangat gembira terima duit di hari raya. Waktu makruh ialah selepas solat raya sehingga terbenam matahari 1 Syawal. Haram ialah selepas terbenam matahari 1 Syawal. Tetap kena bayar cuma perbuatannya adalah haram dan berdosa. 

Apa dia zakat fitrah. Dibayar dalam bentuk barang atau makanan ruji masyarakat setempat. Tempat kita dibayar dengan beras. Sekarang diharus bayar zakat dalam bentuk tunai. Kaedah bayar zakat adalah 1 gantang beras untuk seorang. 

Siapa yang layak menerima zakat fitrah? Semua asnaf yang layak terima zakat. 8 golongan iaitu miskin, amil, mualaf, berhutang, berada di jalan Islam. Mereka terbahagi pada dua kumpulan iaitu yang meminta dan yang tidak meminta. Yang meminta mungkin terdesak. Kedua miskin yang tak meminta dan menahan diri dari meminta kerana malu segan dsb. Allah beritahu 1400 tahun dulu ada orang miskin yang perlu dibela. Mereka ialah golongan miskin bandar yang bukan pakai baju compang camping, bukan tak ada rumah dsb. Tak semestinya begitu. Gambaran miskin ialah mereka yang berpendapatan RM1500 ke bawah. 

Akhir sekali, oleh kerana kita telah berada di malam malam akhir Ramadhan di mana Ramadhan akan meninggalkan kita tidak lama lagi, jadi kita beribadat lah di waktu kecederaan ini dengan melakukan sekurang kurangnya 4 perkara. Apa dia 4 perkara itu. Pertama ialah jangan meningggalkan solat sunat 2 rakaat, bersedekah setiap hari, berdoa untuk semua orang Islam dan membaca Al Quran. Baca 3 ayat dan tengok makna pun dah cukup. Cukup setakat ini dahulu. Semoga bermanafaat.

Kue Teow Goreng

Saya menyediakan kue teow goreng ini menggunakan bahan bahan yang tersedia di dalam peti ais rumah kami sahaja. Kue teow halus ini juga baki dari kue teow yang saya gunakan sebelum ini. 

Pastinya kalau membuat kue teow goreng, bahan yang wajib ada ialah sayur kucai dan taugeh, udang atau isi kerang. Tapi saya hari ini tak ada kesemua itu. Yang ada hanyalah sayur kubis, fish ball dan sedikit daun bawang.

Tapi begitu, tetap sedap. Husband makan dengan berselera sekali. Balik dari solat terawih, lagi sekali Hubby makan kue teow goreng. Hmm sedap lah tu.

Jom layan resepi campak campak yang saya gunakan hari ini. Selamat mencuba...

Kue Teow Goreng

Kue Teow Goreng

Bahan bahan:
1 pek kue teow
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap
1 sudu besar sos tomato
Fish ball secukupnya
1-2 biji telur
Garam 
Kubis
Karot
Daun bawang
Bawang goreng
Cili merah

Bahan tumbuk:
4 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
1-2 sudu besar cili kering kisar

Cara cara: 
Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk sehingga cili benar benar garing dengan api perlahan. 

Masukkan kicap dan sos serta sedikit air. Tumis lagi sehingga terbit minyak. 

Masukkan fish ball. Kacau rata. Ketepikan bahan dan pecahkan telur. Bila telur hampir mengeras, baru dikacau.

Kue Teow Goreng

Kemudian masukkan sayur karot dan kubis. Masukkan sedikit air dan kacau sehingga sayur lembut.

Kue Teow Goreng

Masukkan kue teow dan kacau rata. Masukkan kicap dan sos tiram jika mahukan kue teow berwarna sedikit gelap. 


Kue Teow Goreng

Sebelum dihidangkan, tabur daun bawang, bawang goreng dan cili hiris. 

Kue Teow Goreng



1 ulasan for "Kue Teow Goreng Simple"

  1. Salam sisi. Terima kaseh atas mesej tazkirah di atas.Insyallah kita semua dapat menunaikannya.

    BalasPadam