Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Bubur Lambuk Bulan Ramadhan

Bubur Lambuk Bulan Ramadhan

Bubur lambuk adalah antara makanan yang cukup sinonim dengan bulan Ramadhan. Kampung Baru akan menjadi lebih popular di bulan Ramadhan kerana banyak gerai yang menjual bubur lambuk akan didirikan di bulan ini. 

Sebelum kita masuk bab resepi saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat berpuasa kepada follower saya yang beragama Islam. Bulan ini selain dari puasa, ianya adalah juga bulan yang wajib kita membaca Al Quran selain dari amalan lain seperti bersedekah dan menjamu orang berbuka puasa. Rugi jika kita tidak mengambil peluang ini, di mana pahala akan digandakan. Jadi jom sahabat dan follower kita rebut peluang untuk membuat pahala sebanyak banyaknya. OK sekarang kita sambung semula bab bubur lambuk. 

Bubur Lambuk Bulan Ramadhan

Saya sebetulnya belum betul betul menpunyai mood untuk memasak. Tahun ini, lagi lah kerana Nana dah berpindah ke rumah sendiri. Manakala Juita pula akan balik hanya selepas hari raya. Boy tinggal di rumah mertua di Shah Alam. Jadi tinggallah kami berempat sahaja di rumah ini. 

Hari ini saya memang menggagahkan diri untuk memasak bubur lambuk sebagai entri atau resepi pertama yang ingin dikongsi dengan follower saya yang dikasihi. Haa follower semua, jangan lupa klik sekali iklan iklan yang keluar di blog tau. Ramai follower saya yang tidak tahu mengenai perkara ini. Dari berpuluh hingga ratus ribu viewers sehari, tidak sampai 2 ribu follower yang klik iklan yang tertera. 

Hari ini saya memasak dua pot dan menghasilkan bubur lambuk yang agak banyak. Jadi kalau untuk keluarga kecil, cukup dengan satu pot beras sahaja. Kalau boleh gunakan daging yang banyak atau guna tulang lembu. Lagi lemak dan berperisa bubur lambuk kita. 

Tidak seperti poridge atau bubur nasi yang dimakan dengan pelbagai bahan seperti telur masin, jeruk asin, ikan bilis goreng selain dari bawang goreng. Saya lebih suka bubur lambuk kekal asli seperti mana bubur lambuk dulu dulu. 

Tapi terpulanglah pada citarasa masing masing. Hubby pun memuji bubur lambuk saya ini sebagai sedap. Balik dari malam pertama solat terawih, Hubby makan lagi bubur lambuk. 

Bubur lambuk boleh dibuat banyak dan disimpan dalam bekas bertutup dan disimpan dalam peti. Sedap juga dimakan ketika bersahur. Saya kalau sahur memang tak berselera makan nasi putih dengan lauk pauk. Kalau ada pun, lauk kering sahaja seperti ayam goreng, ikan bilis goreng atau telur dadar sahaja. 

Sekarang kita layan resepi yang saya gunakan hari ini. Juga boleh lihat video penyediaannya di Azie Kitchen youtube channel di SINI. Selamat mencuba... 


Bubur Lambuk Bulan Ramadhan

Bubur Lambuk

Bahan A:
2 pot beras 
Daging atau tulang secukupnya
1/2 sudu besar lada hitam
1 sudu kecil halba
Garam secukup rasa
1 inci halia - hiris
2 batang serai - ketuk

Bahan B:
1 batang kayu manis
2 kuntum bunga lawang
1 sudu kecil serbuk jintan manis
2 helai daun salam 
1/3 kotak santan kotak 

Bahan C:
Bawang goreng
Daun bawang

Cara cara:
Beras dicuci dan tos. Masak beras yang telah dibasuh dengan air yang banyak bersama bahan A sehingga nasi menjadi hancur. Jika belum hancur, tambah air dari masa ke semasa. Nota: Jika mahu mudah, boleh guna slow cooker.

Bubur Lambuk Bulan Ramadhan

Bubur Lambuk Bulan Ramadhan



Bubur Lambuk Bulan Ramadhan

Masukkan bahan B dan masak lagi sehingga sebati. Setelah masak dan disesuaikn rasa, bolehlah diangkat. 

Bubur Lambuk Bulan Ramadhan

Bubur Lambuk Bulan Ramadhan

Bubur Lambuk Bulan Ramadhan

Tabur bawang goreng serta sedikit minyak lebihan menggoreng bawang dan daun bawang. Sedia untuk dinikmati. 

Bubur Lambuk Bulan Ramadhan

Nota:
Jika suka, boleh dimasukkan juga udang bersama bahan B. 

Lebih sedap jika menggunakan tulang lembu. 


1 ulasan for "Bubur Lambuk Bulan Ramadhan"

  1. saya suka semua resepi dari azie kitchen. Dan dah cuba resepinya, mmg tidak mengecewakan.

    BalasPadam