Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Telur Dadar aka Indonesian Omelette

Telur Dadar aka Indonesian Omelette

Seronok melihat orang bercuti bersama kawan kawan perempuan. Saya sebetulnya tidak pernah pergi bercuti tanpa suami dan anak anak kecuali sekali sahaja bersama geng mak cik MLM ke Surabaya suatu ketika dahulu. Entah kenapa saya tidak selesa bercuti tanpa famili sendiri. 

Sejak di universiti pun, saya tiada ramai kawan. Saya hanya menpunyai dua orang kawan baik yang sama sama ke kuliah dan sama sama untuk turun ke dewan makan. Kalau keluar ke mana mana mesti bersama suami yang ketika itu boyfriend saya. 

Sebaik tamat pengajian juga hidup saya hanya lah famili sahaja. Saya tiada kawan pejabat yang rapat. Macam mana nak ada kawan rapat, sedangkan saya tidak pernah keluar makan tengahari, apalagi mahu meronda ronda di Jalan TAR. Bukan lah langsung tak pernah, ada lah juga sekali sekala keluar makan tapi boleh dikira sepanjang berpuluh tahun saya bekerja. Mungkin dua atau tiga kali dalam setahun. Jika saya mahu keluar ke Sogo atau Jalan TAR, biasanya suami akan datang membawa saya ke tempat yang ingin saya pergi. 

Saya ada beberapa orang teman bicara sahaja yang mana saya berhubungan melalui WhatsApp selain group WhatsApp dengan rakan sekolah dan rakan universiti. Merekalah tempat saya mendapatkan idea atau meminta pendapat saat saya memerlukannya. Itu pun hanya beberapa orang sahaja yang saya percayai.

Bila anak anak dah besar, mereka lah teman bicara saya. Tempat untuk saya mendapatkan idea, tempat untuk bergurau senda. Tempat untuk saya melepaskan perasaan juga. Juga menemani saya keluar makan atau bercuti. Hmm bayangkan betapa anti social dan lonely hidup saya. 

Jadi bila saya aktif dengan blog dan Instagram, saya tidak lagi kesunyian kerana saya menpunyai ramai kenalan alam maya yang sentiasa menemani saya dengan komen komen dan message yang ditinggalkan. Tapi untuk muncul di event event, saya agak keberatan. Itulah sebabnya banyak tawaran untuk kemunculan di majlis majlis yang terpaksa saya tolak. 

Telur Dadar aka Indonesian Omelette

Hari ini saya mahu share resepi yang paling mudah dan palin cepat disediakan. Kebetulan kami kalau di rumah, tiada lauk dan rasa malas untuk memasak, telur dadar lah penyelamatnya. Cuma bezanya hari ini ialah telur dadar versi Indonesia. 

Biasa jumpa telur dadar macam ini jika makan di restoran nasi padang. Dikenali juga sebagai Indonesian omelete. Saya pula memang suka daun kunyit. Jadi ngam sangat lah. Hmm serius sedap telur dadar ini, gebu gebas gitu. 

Jom layan resepi di bawah ini. Selamat mencuba..

Telur Dadar aka Indonesian Omelette

Telur Dadar aka Indonesian Omelette

Bahan bahan:
3 biji telur 
1 sudu besar tepung beras - bancuh dengan 1 sudu besar air
Daun bawang - hiris
Daun kunyit - hiris
Sedikit serbuk kunyit
Garam

Bahan tumbuk:
1 ulas bawang putih
1-2 ulas bawang merah
3 tangkai cili api merah

Cara cara:
Larutkan tepung beras dengan air, garam dan serbuk kunyit. 

Masukkan bahan tumbuk, daun bawang dan daun kunyit yang dihiris.  

Telur Dadar aka Indonesian Omelette

Masukkan telur dan dipukul serta dikacau rata. Panaskan minyak dan goreng seperti biasa.  

Telur Dadar aka Indonesian Omelette


1 ulasan for "Telur Dadar aka Indonesian Omelette"

  1. Ingat telur dadar biasa..rupanya telur dadar indonesia...perbezaan utama adalah tepung beras... menarik untuk di cuba....

    BalasPadam