Jumaat, 4 Januari 2019

Nasi Ulam Nyonya aka Nyonya Herbs Rice

Nasi Ulam Nyonya aka Nyonya Herbs Rice

Entah kenapa terkesan sangat dengan drama Kan Kukejar Cinta Kamu lakonan Fendy Bakri dan Amyra Rosli. Walhal drama jer pun. Tak pernah saya rasa tak sabar dan ternanti nanti episod seterusnya. Tapi walaupun sekadar drama, namun ada babak yang memang berlaku dalam masyarakat. Hmm saya memang benci dengan lelaki yang suka mempermainkan cinta seorang wanita. 

Saya pun kadang kadang tak faham dengan lelaki yang setelah menemui cinta baru tapi masih tidak mahu melepaskan isteri dengan alasan masih sayang. Kasih sayang tidak boleh dipaksa paksa, kalau dah isteri tidak mahu bermadu, lepaskan sahaja. Alasan Rayyan, dia muda dan kaya, mampu beristeri 4 tapi bagaimana dengan yang menanggung seorang isteri pun tak mampu? Fikir fikirkan lah. 

Berani buat tapi tak berani tanggung. Itu yang boleh saya katakan. Bila temberang dah pecah, baru terkial kial nak mempertahankan rumahtangga. Banyak berlaku perkara seperti ini. Saya percaya kepada kebebasan untuk memilih cinta. Jika tiada lagi cinta di hati, seseorang harus diberi kebebasan untuk menentukan jalan sendiri. OK sekarang kita masuk pula bab masakan.

Nasi Ulam Nyonya atau dikenali sebagai Nyonya Herbs Rice yang seperti nasi kerabu cuma dalam versi Nyonya Peranakan. Telah beberapa hari tidak berselera makan, tapi dengan nasi ulam, barulah rasa sedikit berselera.

Kalau tiada selera makan, memang saya akan mencari masakan atau lauk pauk Kelantan, barulah selera terbuka. Tahun lepas hanya sekali sahaja balik kampung, itu pun sekejap sangat. Tak sempat pun nak makan nasi kerabu di kedai bawah Pokok Traje yang memang sangat sedap. Semua sedap dari nasi kerabu, nasi berlauk atau nasi dagang. Biasanya saya akan memilih nasi kerabu tapi mengambil lauk nasi berlauk atau nasi dagang iaitu gulai ikan tongkol atau kerutuk itik serati.  

Nasi Ulam Nyonya aka Nyonya Herbs Rice

Nasi ulam ini lebih kurang sama dengan nasi kerabu Kelantan. Yang berbeza dengan nasi kerabu, hanya dari segi ulam ulaman. Ulam dan herba yang digunakan akan menyebabkan rasa yang berbeza dengan nasi kerabu Kelantan. 

Kalau nasi kerabu, memang saya tidak pernah guna daun kaduk, daun limau purut dan daun kunyit. Itu saya lah, saya tak pasti jika orang lain memasukkannya di dalam nasi kerabu. 

Nasi Ulam Nyonya aka Nyonya Herbs Rice

Saya makan bukan satu pinggan tapi dua pinggan penuh. Uiii memang sedap lah. Kerisik tu pun ala ala nasi kerabu, cuma kerisik nasi kerabu digaul sekali dengan isi ikan yang ditumbuk. Tapi nasi ulam ini ada isi ikan bakar yang disiat kasar sebagai lauk. Hmm macam mana nak tulis ya. 

Kesimpulannya, sangat sedap dan sangat menyelerakan. Meh pakat ramai ramai cuba. Lagi pun, kira menu sihat ni sebab banyak ulam dan herba.

Jom layan resepi yang saya sertakan di bawah ini dan juga jangan lupa video penyediaannya di Azie Kitchen youtube channel di SINI. Selamat mencuba...

Nasi Ulam Nyonya aka Nyonya Herbs Rice

Nasi Ulam Nyonya 

Bahan bahan:
1 mangkuk nasi - yang telah sejuk
1 mangkuk kecil kerisik
6 ekor ikan kembung - dibakar
Garam
Gula

Bahan tumbuk:
3 ulas bawang merah 
3 ulas bawang putih 
1 sudu besar lada sulah
1 batang serai
Belacan - tak letak

Bahan ulaman:
Daun kaduk
Daun kesum
Daun limau purut
Daun kunyit 
Bunga kantan
Serai
Kacang panjang
Timun
Cili merah

Cara cara:
Tumis bahan yang ditumbuk hingga wangi dan terbit minyak. Masukkan garam dan gula. Tutup api dan sejukkan. 

Nasi Ulam Nyonya aka Nyonya Herbs Rice

Goreng kelapa parut tanpa minyak sehingga keperangan untuk dijadikan kerisek. Angkat dan tumbuk kasar sahaja. Ketepikan.  

Nasi Ulam Nyonya aka Nyonya Herbs Rice

Ikan dilumur garam kunyit dan dibakar. Angkat dan siat siat kasar untuk asingkan isi ikan dari tulang. Ketepikan.

Nasi Ulam Nyonya aka Nyonya Herbs Rice

Semua bahan ulaman dan herba dihiris halus. Ketepikan. 

Nasi Ulam Nyonya aka Nyonya Herbs Rice

Setelah semua bahan bahan siap, mulakan proses seterusnya iaitu mencampur semua bahan bahan yang disediakan.

Masukkan bahan tumis yang telah disejukkan ke dalam mangkuk besar. Masukkan isi ikan dan kerisek. 

Masukkan ulaman dan sayuran iaitu bunga kantan dan serai. Masukkan daun kaduk, daun kesum, daun limau purut, daun kunyit, kacang panjang, timun dan sedikit cili merah.  

Nasi Ulam Nyonya aka Nyonya Herbs Rice

Akhir sekali masukkan nasi putih dan ikan bilis goreng. Gaul rata dan bolehlah disesuaikan rasa. 

Nasi Ulam Nyonya aka Nyonya Herbs Rice

Nasi Ulam Nyonya aka Nyonya Herbs Rice

Nasi Ulam Nyonya aka Nyonya Herbs Rice

Masuk dalam pinggan. Hias dengan timun dan bawang goreng serta cili merah. Sedap dimakan dengan ayam goreng atau lauk pauk kering sahaja. 


Add your comment
EmoticonEmoticon