Khamis, 11 Oktober 2018

Kacang Botol Goreng Dengan Petai Dan Telur Yang Tersangat Sedap

Kacang Botol Goreng Dengan Petai Yang Tersangat Sedap

Sebelum kita bercerita bab resepi hari ini iaitu Kacang botol Goreng Dengan Petai dan Telur, meh kita bersembang bab percutian. Insya Allah awal tahun depan saya akan bercuti ke United Kingdom dan beberapa negara di Eropah sambil melawat anakanda kami Nurjuita Amanda di Manchester yang sedang bercuti ketika itu. 

Namun terasa juga kesedihannya kerana ketika itu Aween sedang berada dalam bulan peperiksaan. Begitu juga Nana yang juga akan menduduki pengajian Master beliau. Lagi pun Ammar Yahya masih terlalu kecil untuk perjalanan jauh. Tunggu sehingga dia besar sedikit, barulah boleh bawa bercuti luar negara.

Apa yang ingin dikongsikan ialah bila kita menpunyai sesuatu perancangan seperti bercuti, kita akan menjadi sangat teruja dan bab kata orang menghitung hari menyebabkan hari hari berlalu tanpa kita sendiri. Ia akan lebih mewarnai dan mengembirakan hati. 

Hidup kena juga berwarna dan tidak lah hari hari dengan rutin biasa sahaja. Bangun pagi pergi kerja dan petang balik kerja. Aduhaai boleh jadi boring tau. Itu sebab saya suka memasak kerana memasak jua akan mewarnai hidup saya. Lebih lebih lagi bila cuba resepi baru atau memasak lauk yang berbeza setiap kali memasak. Satu excitement untuk merasakan bagaimana hasilnya.

Saya rasa sangat gembira lebih lebih lagi selepas melihat suami, anak anak dan menantu makan hasil air tangan kita. Memasak adalah satu terapi. Jadi jom sama sama memasak, dapat kegembiraan dan dapat pula pahala. Inilah namanya kejayaan dunia dan akhirat buat seorang wanita, isteri dan ibu.

Kacang Botol Goreng Dengan Petai Yang Tersangat Sedap

Kacang botol Goreng Dengan Petai dan Telur yang sangat win, sangat sedap. Serious tak tipu. hahaha sedap dimakan meratah ratah begitu sahaja. Krup krap krup krap bunyinya. Kalau tak ingat orang lain, pasti habis saya meratah satu pinggan.  

Sebelah malam, saya meminta Hubby membeli lagi kacang botol dan memasak lagi lauk ini untuk batch kedua bagi hidangan makan malam pula. Saya ingatkan ada lebih kerana kali ini agak banyak. Tapi rupanya, habis juga dimakan dan diratah oleh anak menantu saya.  

Jom layan resepi di bawah ini dan juga jangan lupa video penyediaannya di Azie Kitchen youtube channel di SINI. Selamat mencuba...

Kacang Botol Goreng Dengan Petai Yang Tersangat Sedap

Kacang Botol Goreng Dengan Petai Dan Telur Yang Sedap

Bahan bahan:
8 - 10 batang kacang botol - hiris serong
Petai secukupnya
4 ulas bawang putih - hiris
4 ulas bawang merah - hiris
2 biji telur
Garam
Gula atau serbuk perasa
Sedikit serbuk kunyit
1 tangkai cili merah - hiris
2 tangkai cili padi - hiris

Cara cara:
Panaskan minyak dan tumis bawang bawang merah dan bawang putih yang dihiris sehingga kekuningan. 

Kacang Botol Goreng Dengan Petai Yang Tersangat Sedap

Masukkan petai dan kacau rata. Masukkan pula kacang botol. Kacau lagi. 

Masukkan gula, garam, serbuk kunyit dan kacau rata. 

Masukkan pula telur. Biarkan seketika baru dikacau telur sebab saya suka telur yang berketul ketul besar. 

Kacang Botol Goreng Dengan Petai Yang Tersangat Sedap

Akhir sekali masukkan cili merah dan cili padi yang telah dihiris. Bolehlah angkat dan ketepikan. 

Kacang Botol Goreng Dengan Petai Yang Tersangat Sedap

Kacang Botol Goreng Dengan Petai Yang Tersangat Sedap

Nota:
Jangan masak terlalu lama, supaya sayuran kekal rangup. Ini adalah kerana sayur akan terus masak walaupun selepas ditutup api kerana kuali masih panas. 


2 ulasan:

Add your comment
EmoticonEmoticon