Selasa, 9 Oktober 2018

Daging Masak Black Pepper Yang Sedap

Daging Masak Black Pepper

Hari ini saya menyediakan Daging Masak Black Pepper atas permintaan Nana. Kebetulan kami sama sama bercuti. Saya dipenuhi dengan allergik sehingga saya perlu mendapatkan suntikan steroid di klinik. 

Nana pula selsema, jadi dia diberikan cuti untuk berehat. Sebetulnya saya pun tidak tahu yang Nana bercuti, hanya ketika mahu ke klinik baru tahu yang dia ada di dalam bilik bersama Ammar. Ammar Yahya hari ini berusia 2 bulan. Alhamdulillah dia membesar dan progress dengan baik sekali. Semoga Ammar membesar menjadi anak yang soleh dan manusia yang berguna kepada agama, keluarga, masyarakat dan orang sekelilingnya. Aameen. 

Saya hanya ingin mengulas sedikit bab kasih sayang manusia samada sesama manusia atau sesama binatang. Saya kadang kadang tidak boleh terfikir dek akal bagaimana seorang manusia boleh membunuh manusia lain lebih lebih lagi yang rapat atau punya pertalian darah. Atau bagaimana manusia dengan haiwan dalam kes 3 lelaki memasukkan kucing yang sedang mengandung dalam machine dryer di sebuah pusat dobi. 

Hellooo makhluk bernyawa pasti ada rasa sakit lah weh. Aduh cubalah bayangkan awak berada dalam situasi itu. Manusia zaman sekarang gila dengan wang dan kuasa, gila dengan nafsu. Atau memang gila dan tak berakal. Saya memang terkedu. 

Bayangkan bagaimana rasanya mangsa tsunami di Palu Sumatera ketika dihanyutkan dengan air atau ditenggelami di dalam lumpur hidup hidup sebelum nyawa berpisah dari badan. Atau kejadian yang menimpa 6 orang ahli Bomba tat kala terkapai kapai kelemasan di lombong di Puchong. Bagaimana keadaan dan perasaan mereka ketika itu. 

Serious saya tak sanggup untuk menonton videonya. Saya hanya mampu berdoa, kasihani lah mereka Ya Allah dan permudahkan lah bagi mereka. Ketika itu, yang ada hanyalah Allah, tempat kita meminta dan memohon pertolongan. Tiada lagi pangkat dan kedudukan, harta dan wang ringgit, juga sahabat handai. Sama sama lah berdoa agar kita mati dalam kematian yang baik dan pengakhiran yang baik. Aameen. Sekarang masuk bab resepi pula. 

Daging Masak Black Pepper

Saya masih menggunakan daging korban yang telah bercampur campur dagingnya. Jika ingin memasak lauk seperti ini, lebih elok jika digunakanya hanya daging batang pinang. Cepat dimasak dan dagingnya pun lembut sahaja.

Saya tidak meletak sos tiram atau kicap kerana Nana masih menyusu badan dan buat sementara ini masih berhati hati dan memilih apa yang boleh dan tidak boleh dimakan. Namun begitu, lauk hari ini sangat sedap. 

Wajib anda mencubanya sendiri di rumah. Kalau dimakan di restoran, pasti harganya mahal dan portionnya pun sedikit. Bila masak sendiri, boleh makan berulang kali dan boleh menambah nambah. 

Jom layan resepi di bawah ini dan juga jangan lupa video penyediaannya di Azie Kitchen youtube channel di SINI. Selamat mencuba...

Daging Masak Black Pepper

Daging Masak Black Pepper 

Bahan bahan:
400 gram daging - lebih baik guna daging batang pinang
3 sudu besar sos lada hitam
1-2 sudu besar lada hitam - tumbuk kasar
Garam
1/2 biji bawang besar Holland - hiris
1 biji buah tomato - belah 4
1 tangkai cili merah - hiris
1 sudu kecil tepung jagung

Bahan tumbuk kasar:
4 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inci halia

Cara cara:
Perap daging dengan sos lada hitam dalam setengah jam. Ketepikan. 

Daging Masak Black Pepper

Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan tumbuk kasar sehingga wangi. 

Daging Masak Black Pepper

Daging Masak Black Pepper

Masukkan daging yang telah diperap. Goreng sehingga daging lembut. 

Daging Masak Black Pepper

Masukkan serbuk lada hitam. Masukkan air secukupnya untuk melembutkan daging. Jika daging belum empuk, boleh tambah lagi air. Masak sehingga kuah hampir kering. Tapi jangan terlalu kering jika suka daging yang berkuah.

Daging Masak Black Pepper

Akhir sekali masukkan garam secukupnya dan air bancuhan tepung jagung. Jika kuah dah terkering, tambah lah lebih sedikit air bersama tepung jagung. 

Masukkan bawang Holland, buah tomato dan cili hiris. Bila bawang lembut, bolehlah ditutup api. Sedia untuk dihidangkan. 

Daging Masak Black Pepper


Add your comment
EmoticonEmoticon