Khamis, 27 September 2018

Sarapan Pagi Di Mana Cafe Puteri Harbour

Kali ini tibalah entri terakhir catatan perjalanan kami ke Kota Iskandar Johor. Boleh klik di SINI untuk entri sebelum ini. Pagi pagi kami sekali lagi ke Mana Cafe untuk bersarapan. 

Saya memilih ubi kayu rebus dengan kelapa parut yang digaul dengan gula. Memang ianya adalah makanan kegemaran saya yang dimakan sejak kecil. Saya sangat bertuah kerana dilahir dan dibesarkan di kampung dengan pelbagai makanan asli seperti ubi kayu, ubi keledek, pisang rebus dll.

Tak puas makan cucur udang sedap dan pau goreng yang dicicah kari petang sebelumnya, saya memesannya pagi ini. Kalau ikutkan, ianya dijual di sebelah petang. Sebelah pagi, hanya makanan sarapan seperti soto, lodeh, nasi lemak, roti canai dsb. Serious sangat sedap dan pastinya saya akan mengajak Hubby singgah di sini lagi jika ke Johor.


Selepas sarapan, kami terus check out dan terus balik ke Kuala Lumpur. Tak sabar untuk menemui cucu, Ammar Yahya yang telah lebih seminggu tak bertemu. 


Berakhirnya percutian yang sangat menyeronokkan dengan adamya anak anak bersama. Telah agak lama kami tidak berehat bersama sama seperti ini. Walaupun seminggu sebelumnya kami ke Kota Bharu di SINI dan di SINI tetapi percutian yang mengambil masa 24 jam tersebut sangat padat.

1 ulasan:

Add your comment
EmoticonEmoticon