Sabtu, 16 Jun 2018

Rendang Daging Berempah Sedap

Rendang Daging Berempah Sedap

Alhamdulillah tahun ini saya diberi kesihatan yang baik serta kelapangan untuk menunaikan jemputan besan kami, Dato’ Salehuddin dan Datin Nursinah agar kami dapat beraya di kampung mereka di Kampung Lawin Kuala Kangsar. 

Kami bertolak dari rumah selepas selesai menunaikan solat sunat Aidil Fitri. Selepas makan di rumah mereka, kami berposing posing di tangga rumah warisan keluarga mereka. Kami disediakan sebuah rumah 3 bilik tidur milik abang Dato Saleh yang kebetulan tahun ini beraya di Johor. 

Rendang Daging Berempah Sedap

Sebelah petang kami beraya di rumah kakak ipar di Lahat Baru dan juga rumah cousin Hubby di Ipoh. Setiap kali ke Ipoh, kami memang akan singgah beraya. Yang paling istimewa ialah hidangan mee hoon goreng simple yang sangat sedap yang merupakan hidangan wajib ada setiap tahun. Tahun ini saya mengambil kesempatan untuk menanyakan bahan bahan serta cara cara menggoreng mee hoon tersebut. Mana tahu, kalau rasa teringin nak makan, tak perlu tunggu beraya di rumah mereka. 

Pagi pagi hari raya kedua, kami bersarapan dengan mee goon goreng yang dihantar oleh kakak Dato Saleh. Selepas makan, kami bersiap siap untuk ke Bukit Mertajam bagi menghadiri majlis rumah terbuka keluarga Datin Nursinah. Kami konvoi dan tiba secara beramai ramai. Memang meriah dan seronok melihat keakraban mereka adik beradik serta ipai duai. 

Selepas makan dan berposing beramai ramai, kami pergi beraya pulak di rumah Haji Abdul Wahab, sahabat alumni UM di Taman Mengkuang Bukit Mertajam. Kami dihidangkan dengan lontong berlaukkan sambal bilis dan daging dendeng. Wah kali ini tiga rumah yang kami pergi ada dihidangkan daging dendeng. Jadi saya mula menanyakan resepi untuk menyediakan sendiri daging dendeng yang sangat femes untuk juadah raya di Perak dan Pulau Pinang. 

Sementara masih dalam musim beraya ni, jika rendang di rumah dah kehabisan, meh kita cuba sediakan rendnag daging berempah sedap ni. Pasti sedap dan berbalo baloi bila kena menyingsing lengan baju raya untuk memasak buat hidangan tetamu yang datang berkunjung.

Boleh klik di SINI untuk melihat entri resepi sama sebelum ini. Hari ini, saya hanya menggunakan 700 gram daging, jadi saya menggunakan 250 gram bawang merah sahaja. Bahan bahan lain, saya guna separuh dari sukatan dari resepi asal. 

Tapi memasak rendang daging ni tak berbaloi jika dimasak sedikit. Ianya kerana usaha dan masa yang diambil sama sahaja. Jadi alang alang, masak lah sekilo atau 2 kilo daging terus. Boleh disimpan dalam freezer untuk dimakan di masa depan. 

Jom layan resepi yang saya salin semula di bawah ini. Jangan lupa video di Instagram Azie Kitchen dan youtube Channel Azie Kitchen.


Rendang Daging Berempah Sedap

Rendang Daging Sedap Giler

Bahan bahan
1 kg daging 
3 cawan cili kisar - guna 6 sudu besar
1 kg santan pekat
4 sudu makan kerisik - guna 1 1/2 pek
2-4 helai daun kunyit-carik
Garam, asam jawa dan  gula

Bahan A
8 biji bawang merah - tambah 1 biji bawang besar sedang
5 ulas bawang putih
2 inci halia

Bahan B
2 inci lengkuas muda
7 batang serai - hiris
2 sudu makan ketumbar (rata) - sangai wangi
1 sudu makan jintan manis - sangai
1 sudu makan  jintan putih - sangai

Cara cara:
Kisar bahan A. Tapi kali ini, saya hiris semua bahan A bagi memberi tekstur kepada rendang. Jika dikisar bahan A, tapis dan airnya diguna untuk kisar bahan B. Kalau tak cukup tambah sedikit air. Kisar pula bahan B.


Rendang Daging Berempah Sedap

Panaskan minyak tumiskan bahan A hingga ringan. Masukkan cili kisar dan masak sampai pecah minyak. Masukkan bahan B dan kacau hingga wangi. Pastikan minyak mencukupi. Jika kurang bahan bahan tumis tidak cukup masak.

Masukkan daging dan gaul rata hingga bercampur semuanya. Bila daging dah keluar air masukkan santan, daun kunyit dan sedikit garam. Masak hingga daging empuk. Boleh tambah air jika daging masih belum empuk.


Rendang Daging Berempah Sedap

Rendang Daging Berempah Sedap

Rendang Daging Berempah Sedap

Masukkan kerisik, air asam jawa dan gula serta serbuk perasa Secukup Rasa Maggi. Taburkan daun kunyit yang dihiris halus. Sesuaikan rasa dan bolehlah diangkat.


Rendang Daging Berempah Sedap

Rendang Daging Berempah Sedap


1 ulasan:

Add your comment
EmoticonEmoticon