Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Asam Pedas Ikan Tenggiri

Asam Pedas Ikan Tenggiri

Kuliah Zohor Ustaz Abu Jihad berkenaan ibadah 10 akhir Ramadhan. Yang mana ianya adalah 10 malam terbaik dalam kehidupan kita. Kenapa diberi Ramadhan dan Lailatul Qadr? Kerana umur umat Nabi Muhammad pendek dan amal pulak tidak banyak. Berbeza dengan umur umat dahulu yang umur mereka ada yang lebih seribu. 

Masuk bulan Ramadhan, pahala amalan berganda. Buat amalan sunat dapat pahala wajib dan buat amalan wajib dapat amalan berganda. Terdapat datu malam iaitu malam Lailatul Qadr yang lebih baik dari 1000 bulan. Paling rendah 1000 bersamaan dengan 83 tahun. Jadi kena cari malam Lailatul Qadr. 

Malam Lailatul Qadr datang malam bulan Ramadhan pada 10 malam akhir. Kebanyakan pendapat ulamak dikatakan malam ke27. Nabi merahsiakan kerana Nabi mahu kita berlumba lumba mencari malam lailatul qadr. Nabi memberi petunjuk di mana hendak cari malam lailatul Qadr. Pertama 10 malam terakhir Ramadhan. Kedua, di malam ganjil dari 10 malam terakhir di bulan Ramadhan. 

Kenapa kena kejar. Kerana ini mungkin Ramadhan terakhir dalam hidup kita. Tak sempat untuk Ramadhan akan datang. Benda boleh tangguh, tangguh lepas Raya. Jangan sampai tergaggu ibadah kita. Syarat minimun untuk dapat Lailatul Qadr ialah dengan Solat Isyak dan Subuh secara berjemaah. Kita dapat pahala seolah beribadah sepanjang malam selama 83 tahun. Insya Allah mesti kena dengan Lailatul Qadr. Kedua, Solat terawih berjemaah dihabis bersama dengan imam hingga solat witir. 

Sekarang kita berada dalam tempoh masa yang Rasulullah tunjukkan. Jadi sama sama lah kita mencarinya. Tidur awal dan bangun pukul 3.00 pagi untuk melakukan solat Tahajjud, solat Taubat dan solat Hajat. Selepas itu, boleh lah mengaji dengan surah surah pilihan, berzikir dan berdoa. Insya Allah mudah mudahan tahun ini, kita pasti bertemu dengan Malam Lailatul Qadr. 

Asam Pedas Ikan Tenggiri

Selain menyediakan masakan dan lauk pauk mudah, saya cuba menyediakan lauk pauk yang sihat dengan tidak menggunakan banyak lemak. Jadi banyak lah saya menyediakan lauk sup atau masak air seperti sayur rebus atau asam pedas.

Hari ini saya ingin berkongsikan resepi asam pedas menggunakan perencah asam pedas adabi. Rasanya memang sedap dan secukup rasa. Tak perlu tambah apa apa perisa lagi. 

Selain mudah, sedap juga dapat berjimat. Kalau beli di Bazar Ramadhan, memang kena bersedialah untuk membayar RM8-10 sekeping ikan jenahak. 

Jom layan resepi di bawah dan juga jangan lupa melihat video di Instgaram dan video berdurasi lebih panjang di Azie Kitchen youtube channel. Klik di SINI.

Asam Pedas Ikan Tenggiri

Asam Pedas Ikan Tenggiri
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan
6 keping ikan tenggiri
2 pek 70 gram Perencah Asam Pedas Adabi
8 batang kacang bendi
1 biji buah tomato - belah 4
Daun kesum/bunga kantan
Minyak masak

Cara cara:
Panaskan minyak dan tumis perencah asam pedas sehingga terbit minyak dan masukkan air. Masak sehingga kuah mendidih.

Asam Pedas Ikan Tenggiri

Masukkan ikan dan biarkan agak agak ikan hampir masak.

Asam Pedas Ikan Tenggiri

Masukkan kacang bendi dan buah tomato. Bila kacang bendi separuh lembut, tutup api dan sedia untuk dihidangkan.

Asam Pedas Ikan Tenggiri

Asam Pedas Ikan Tenggiri



Catat Ulasan for "Asam Pedas Ikan Tenggiri"