Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Majlis Pernikahan Hafez dan Mira di Casa Iman


Alhamdulillah. Akhirnya anakanda kami Hafez selamat melangsungkan pernikahan dengan Mira. Kegembiraan berganda kerana selain menerima menantu baru dalam keluarga, kami juga dikurniakan besan yang merupakan sahabat baik kami. 

Kami mengenali Dato Salehuddin dan Datin Nursinah sejak di zaman kampus ketika berusia 20 tahun. Ketika itu, kami menginap di Kolej Kediaman Ketiga Universiti Malaya. 


Saya dan Datin Nursinah pula masuk universiti pada tahun yang sama. Kali pertama, saya terpandang beliau semasa sama sama menjalani minggu haluan siswa. Dalam hati terdetik, cantiknya dia. Malahan saya masih ingat apa yang Datin sebut ketika itu. 

Tetapi disebabkan berlainan fakulti, kami jarang terserempak di kolej. Tetapi yang masih saya ingat dengan jelas ialah bila kami yang menpunyai "couple" duduk di meja yang sama semasa majlis makan malam tahunan kolej yang diadakan di hotel. 

Oleh kerana kami sekeluarga kerap bertemu dan berkunjung, anak anak kami juga bertemu sejak dari mereka kecil. Malahan kami melihat Mira sejak dari bayi lagi. Mereka saling mengenal sejak kecil, cuma semua malu malu bila bertemu. Kami saling mengambil berat hal ehwal anak anak masing masing. Haziq anak bongsu Dato Salehuddin juga sangat rapat dengan kami. 


Berbalik pada majlis ini, saya sangat berpuashati majlis ringkas tapi cukup elegan untuk dikenang. Teratur lancar dan dipermudahkan. Kami memilih pakaian tema warna merah dan keluarga Mira memilih warna biru navy. Dulang boys memakai baju Melayu sedondon dengan bridesmaid berwarna dusty pink membawa 7 dulang hantaran. 


Kami tiba di rumah Mira pukul 10.00 pagi dan sebaik sampai kami berkumpul di hadapan pintu pagar sambil bergambar bersama ahli rombongan kami. Sebaik semua bersedia, kami berarak masuk didahului dengan dulang boys. Sejurus selepas mengambil tempat masing masing, upacara akad nikah dijalankan. 

Mira yang berpakaian cantik rekaan Datin Linda Rahim turun dan menuju ke pelamin dipimpin oleh Bonda beliau yang kelihatan sungguh cantik. Pelamin yang sangat simple tapi elegan rekaan dari Adiputra memang sangat menarik. Dato Salehuddin sendiri menpunyai citarasa yang tinggi dalam pemilihan pelamin. Ianya dapat dilihat dari pelamin anakanda mereka sebelum ini pun sangat cantik. 



Saya pulak, tidak berhenti henti berdoa agar Hafez dipermudahkan. Saya merasa sangat sebak dan bergenang airmata kerana sejurus sebelum dinikahkan tiba tiba Hafez bangun dan mencari saya dan Hubby memohon restu. 

Hanya Tuhan sahaja yang tahu perasaan saya ketika itu. Pastinya mama merestui. Malahan Mama sentiasa mendoakan agar kalian berdua kekal hidup aman damai dan berbahagia. Mama akan sentiasa ada untuk menyokong dalam apa sahaja yang Boy dan Mia akan lakukan. 



Selepas selesai majlis, diadakan sessi bergambar bersama keluarga dan sahabat handai. Selepas itu, kami beredar ke tempat makan untuk menikmati juadah yang disediakan. 

Rombongan kami disertai oleh ramai sahabat sahabat dari alumni ETHICA yang merupakan sahabat kami dunia dan akhirat. Persahabatan hampir 40 tahun lamanya. 


Setelah selesai bergambar dengan pengantin dan sahabat handai termasuk follower Azie Kitchen yang juga hadir ke majlis pada hati itu, kami masuk ke rumah menunggu untuk pengantin bersalin pakaian untuk majlis bersanding. Nantikan entri seterusnya. 


Akhir sekali, jangan lupa siaran rancangan Nona TV3 dan Insya Allah dalam majalah Nona juga. Saya akan maklumkan kemudian kelak..


8 ulasan for "Majlis Pernikahan Hafez dan Mira di Casa Iman"

  1. Tahniah akk dpt menantu cantik dan dopan

    BalasPadam
  2. Congratulations Kak Azie. Everyone looked so beautiful.

    BalasPadam
  3. saya memang tunggu entri ni....sebak dan bangga anak bujang akak yg sekolah dulu dah jadi suami seseorang. x sabar nak tunggu Nona pulak nanti.

    BalasPadam
  4. Congrats, Kak Azie! What a blessing to have your close friends as in-laws!

    BalasPadam
  5. Tahniah kak Azie sekeluarga. Barakallah juga buat pengantin baru pengantin baru 😊

    BalasPadam
  6. tahniah dapat menantu yer kak.. semoga pengantin bahagia sampai ke jannah dan dikurniakan anak yg soleh dan solehah,.,.amin2

    BalasPadam